Posts

Showing posts from December, 2014

JAKEL Hantar Lagi 3 Treler Bantuan Makanan Ke Pantai Timur...

Image
Jika kelmarin klik sini , syarikat tekstil itu menghantar 3 treler makanan dan keperluan asas untuk mangsa banjir di pantai timur, hari ini mereka menghantar lagi 3 treler makanan dan keperluan asas ke sana, ini menjadikan sudah 6 treler yang sarat dengan makan dan keperluan asas telah di hantar ke negeri pantai timur. Dalam pada itu, syarikat jakel juga menyeru kepada orang ramai yang ingin menyumbang pelbagai barangan seperti makanan dan keperluan lain supaya menyumbang melalui pihak angkatan tentera, bagi di negeri selangor,  pengkalan udara tudm subang adalah pusat pengumpulan. Bukan apa, ATM melalui detechmen TUDM dan lain-lain mempunyai cukup logistik untuk mengedarkan barangan yang anda sumbangkan itu, kalau yang lain-lain nie takut lambat pulak sampainya nanti...

Bahasa Halus Minta Autonomi, Bahasa Kasarnya Minta Keluar Dari Malaysia...

Image
Pada aku zairil anak angkat khir johari tu cuba bermain ayat, konon dia minta pulau pinang di berikan kuasa autonomi seperti negeri sabah dan sarawak, mungkin akan ada macai dan barua pakatan akan kata, kenapa pulau pinang tak boleh sedangkan sabah dan sarawak boleh...? Ok, sebelum penjajah datang, pulau pinang dan seberang perai adalah salah satu daerah dalam negeri kedah, pulau pinang di pajak kepada british, setelah negara kita merdeka pada 1957, pulau pinang yang dijajah, british sepatutnya kembalikan kepada kedah sepertimana dinding dan pangkor dikembalikan kepada perak. tapi pulau pinang tidak dikembalikan kepada kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan oleh british. Pada masa tu, pulau pinang dipajak dengan harga 6,000 dan seberang prai pula dipajak dengan harga 4,000 dan pihak british ketika itu membayar wang tersebut kepada sultan kedah dengan menggunakan mata wang sepanyol. Pulau pinang dan seberang perai dianggap masih hak milik kedah kerana d...

Sumbangan JAKEL Meringankan Beban Mangsa Banjir Di Pantai Timur...

Image
Syarikat tekstil terbesar di malaysia, jakel, pada kelmarin menyumbang 3 treler makanan dan kelengkapan lain kepada mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur. Sumbangan yang amat-amat di perlukan oleh mangsa banjir memandangkan banjir di pantai timur masih belum reda. Menurut sumber juga, syarikat jakel, sumbangan yang sama kepada magsa-mangsa bajir di negeri perak, negeri sembilan dan johor akan munyusul nanti, buat masa sekarang bantuan perlu di hantar ke negeri pahang, terengganu dan kelantan kerana tiga negeri itu terjejas teruk.... Tahniah dan terima kasih kepada syarikat jakel.

Kejatuhan Soekarno, Penulis Indon Cuba Kaitkan Negara Kita...

Image
Cukup jahat cara penulisan Drs Wibowo dalam buku 'mereka mengubur soekarno", malah nama Malaysia di letakan sebaris dengan yahudi, republik rakyat cina dan amerika sebagai antara perancang utama menjatuhkan soekarno... Umum mengetahui soekarno seorang presiden indonesia yang pertama itu seorang kaki betina dan telah menjalinkan hubungan rapat dengan parti komunis indonesia (PKI), atas kebodohan soekarno yang mendapat nasihat dari Dipa Nusantara Aidit atau dikenali sebagai D.N Aidit ketua umum parti komunis indonesia, soekarno melancarkan operasi ganyang malaysia, satu operasi yang hanya mendapat sokongan dari detechment udara dan laut tetapi tidak mendapat sokongan seratus peratus dari angkatan darat. Kenapa soekarno terlalu baik dengan parti komunis indonesia? kerana D.N Aidit telah menjanjikan jawatan presiden seumur hidup kepada soekarno sekiranya PKI berjaya menjadi parti pemerintah dan menguasai kabinet indonesia... Jadi apa kaitannya dengan malaysia? seben...

Perhatian Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan...

Image
Kepada mangsa banjir di Kelantan, kami akan berada di lokasi di bawah untuk menghulurkan bantuan bersama sukarelawan. Tolong repost status ni.  #‎share4unity   #‎prayforall   #‎darurat   #‎kelantan   #‎banjir Jumaat, 3.00pm-10.00pm, 26 Dec 2014 (Lokasi Utama) Sekolah Kebangsaan Bunohan, Kampung Bunohan, Tumpat 16200, Kelantan Anatara barangan yang akan diedarkan: - Sleeping Bag - Tent - Tshirt - Nasi Lemak, Nasi Goreng Nasgera - Borang Penerimaan Sabtu, 9.00am – 6.00pm 27 Dec 2014 Lokasi 9.00am – Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, 16200, Tumpat, Kelantan 11.00am - Sekolah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan 1.00pm - Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan 3.00pm - Sekolah Kebangsaan Chabang 4, Kampung Chabang 4, 16210, Tumpat Kelantan 5.00pm - Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Belakang Masjid Pengkalan Kubor, 16080 Kelantan 7.00pm – Sekolah Kebangsaan Pengkalan K...

Indonesia Tambah Kekuatan Militer Di Pulau Natuna...

Image
Natuna atau kepulauan Riau ni ialah wilayah Indonesia. Ianya di anggap kontroversi kerana penduduknya rata-rata orang melayu yang mengamalkan budaya hidup Terengganu, malah ada yang mengatakan dialek bahasanya juga ada slang bahasa Terengganu. Tetapi Indonesia sudah menguruskan pulau Natuna sangat lama, hatta sebelum kita merdeka lagi (setahun sebelum merdeka rasanya) Tidak tahu dimana silapnya, tetapi apa yang kita nak bincangkan ialah tentang kekuatan militer yang sedang meningkat di Natuna. Indonesia sedanga menyiapkan Minimum Essential Force (MEF) konsep mereka dan Natuna termasuk didalam pembaharuan ini.  Ramai tak perasan tapi, Indonesia sedang membina shelter dan fasiliti untuk Su-27/30 mereka di Ranai Airport. Turut bakal di atur gerak ialah 4 buah AH-64E Apache (jika mereka jadi beli lah). Unit yang mengoperasikan Radar pertahanan Udara Ranai ialah Unit 212 Ranai. Unit profesional ini mengoperasi radar Thomson TRS 2215R. Fasiliti radar unit ini telah p...

Antara Buatan Rusia, Amerika Dan Eropah, Yang Mana Satu Pilihan TUDM...

Image
Tahun 2015 akan menjelma beberapa hari je lagi, peminat aero angkasa masih tertunggu-tunggu keputusan besar dari kerajaan dan kementerian pertahanan mengenai pengganti pesawat pejuang MiG 29N yang akan luput tarikh operasinya (pencen) pada tahun 2015, tahun depan... Macam-macam spekulasi di buat oleh pemerhati dan peminat keselamatan dalam negara yang malaysia bakal membeli pesawat pejuang dari eropah iaitu Eurofighter Typhoon bagi menggantikan jet pejuang MRCA MiG 29N dan ada juga yang berpendapat TUDM akan menambah beberapa buah lagi jet pejuang F/A-18F Super Hornet bagi menggantikan MiG 29N, tapi kalau kita masih ingat, dulu, Tun Mahathir pernah mendedahkan bahawa  8 pesawat F/A 18D Hornet yang berada dalam logistik TUDM sebenarnya tidak mencapai kemampuan maksima dan ia sengaja dilakukan sedemikian rupa oleh pengeluarnya iaitu Boeing kononnya atas arahan dewan senat yang bimbang Malaysia akan menimbulkan ancaman ke atas jiran kita di seberang tambak. Adakah berbaloi ...

Pencapaian Guan Eng Yang Tak Mampu Di Ikuti Oleh Mana-Mana Pemimpin BN

Image
Kudos guan eng... Tahniah rakyat pulau pinang... Rakyat pulau pinang harus berbangga kerana mendapat pemimpin hebat seperti guan eng....

Sex Workers Are Increasing In Penang, Many Many Thanks To DAP....

Image
The sex trade in Penang is booming, with a significant increase of foreign sex workers compared to last year. Penang Immigration Department Chief Basri Othman said that the number of prostitutes who entered the island has risen to 536 this year. “Most foreigners who enter Malaysia with social visit or student passes end up working in places like night clubs, karaoke lounges, hotels and massage parlors,” Mr Othman said. “Many illegal gangs are involved in this sex trade,” he said.

Belanja Makan Malam Untuk Kembangkan Ideologi KOMUNIS

Image
GAMBAR HIASAN Polis sedang menyiasat acara makan malam yang diadakan pada Sabtu lalu dikatakan telah diadakan untuk mengembangkan semula ideologi komunis di negara ini. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, mereka setakat ini telah menerima 24 laporan daripada pelbagai pihak, terhadap acara tersebut. “Kami sedang mencari penganjur acara itu. “Kes itu disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, kerana berniat untuk menyakiti, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai.