Bahasa Halus Minta Autonomi, Bahasa Kasarnya Minta Keluar Dari Malaysia...


Pada aku zairil anak angkat khir johari tu cuba bermain ayat, konon dia minta pulau pinang di berikan kuasa autonomi seperti negeri sabah dan sarawak, mungkin akan ada macai dan barua pakatan akan kata, kenapa pulau pinang tak boleh sedangkan sabah dan sarawak boleh...?

Ok, sebelum penjajah datang, pulau pinang dan seberang perai adalah salah satu daerah dalam negeri kedah, pulau pinang di pajak kepada british, setelah negara kita merdeka pada 1957, pulau pinang yang dijajah, british sepatutnya kembalikan kepada kedah sepertimana dinding dan pangkor dikembalikan kepada perak. tapi pulau pinang tidak dikembalikan kepada kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan oleh british.

Pada masa tu, pulau pinang dipajak dengan harga 6,000 dan seberang prai pula dipajak dengan harga 4,000 dan pihak british ketika itu membayar wang tersebut kepada sultan kedah dengan menggunakan mata wang sepanyol.

Pulau pinang dan seberang perai dianggap masih hak milik kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh kerajaan pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri kedah sehingga sekarang.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk kedah membuat tuntutan untuk mengambil balik pulau pinang.

DAP sudah tentu tidak mahu menyerahkan pulau pinang kepada kedah. mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan cadangan itu. pulau pinang bagi DAP ialah kubu terkuatnya, jadi di hantarlah zairil untuk mengusulkan supaya pulau pinang di berikan pemerintahan autonomi, mula-mula memangla mintak autonomi, lepas tu minta pula keluar dari malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID