Antara Buatan Rusia, Amerika Dan Eropah, Yang Mana Satu Pilihan TUDM...


Tahun 2015 akan menjelma beberapa hari je lagi, peminat aero angkasa masih tertunggu-tunggu keputusan besar dari kerajaan dan kementerian pertahanan mengenai pengganti pesawat pejuang MiG 29N yang akan luput tarikh operasinya (pencen) pada tahun 2015, tahun depan...

Macam-macam spekulasi di buat oleh pemerhati dan peminat keselamatan dalam negara yang malaysia bakal membeli pesawat pejuang dari eropah iaitu Eurofighter Typhoon bagi menggantikan jet pejuang MRCA MiG 29N dan ada juga yang berpendapat TUDM akan menambah beberapa buah lagi jet pejuang F/A-18F Super Hornet bagi menggantikan MiG 29N, tapi kalau kita masih ingat, dulu, Tun Mahathir pernah mendedahkan bahawa  8 pesawat F/A 18D Hornet yang berada dalam logistik TUDM sebenarnya tidak mencapai kemampuan maksima dan ia sengaja dilakukan sedemikian rupa oleh pengeluarnya iaitu Boeing kononnya atas arahan dewan senat yang bimbang Malaysia akan menimbulkan ancaman ke atas jiran kita di seberang tambak.

Adakah berbaloi untuk kerajaan membelanjakan ratusan juta membeli jet pejuang buatan eropah? sedangkan jet MiG29 yang kita miliki sekarang ini masih boleh di upgrade dan kos untuk meng-upgrade 18 buah jet itu  hanya memakan separuh dari kos untuk membeli jet pejuang baru.

Jangan ada pula yang berkata, "gila ke nak upgrade jet pejuang" untuk pengetahuan semua, tentera udara india pernah meng-upgrade 69 buah jet MiG29 mereka sehingga keupayaan jet pejuang MiG29 (nama baru setelah upgrade MiG 29UPG) milik tentera india dikhabarkan menyamai keupayaan jet pejuang Sukhoi 30 dan kerajaan india hanya mengeluarkan separuh dari kos yang telah di peruntukan untuk membeli jet pejuang baru.

Seperti yang kita semua tahu, bajet pertahanan negara kita tidak sebesar bajet pertahanan jiran di seberang tambak, tapi saranan Tun Mahathir supaya jet pejuang MiG 29N yang kita ada ini hanya perlu di upgrade untuk meningkatkan keupayaannya tidak boleh kita tolak mentah-mentah, negara india boleh kita jadikan sebagai contoh bagai mana berjayanya mereka melakukan kerja-kerja menaik taraf jet pejuang.

Comments

Anonymous said…
Belilah barangan buatan malaysia......
Anonymous said…
Bila masa Malaysia keluarkan pesawat pejuang? Orang suruh belajar budak Melayu tau melalak merusuh dan berpolitik sahaja
Anonymous said…
dari segi harga: jet dari rusia lebih murah.

keupayaan: lebih kurang dengan jet dari rusia sesuai untuk jarak dekat dan baik untuk jarak jauh

medan: jet Su27 tentera Syria tiada masalah walaupun bertahun digunakan untuk serangan

logik: ada baiknya malaysia membelanjakan membeli sedikit jet baru kerana tentera Turki Uthmaniyah kalah kerana peralatan peperangan yang lapok, jet lama boleh diupgrade
Anonymous said…
Jet dari Eropah dan US bole dikalahkan hanya dengan jammer dari China dan Rusia..ada baca dlm blog sapa tah semlm..
Anonymous said…
Suruh adam adli and the gang belajor dan buat jet pejuang lepas tu Istana yang ada kat putrajaya tu...atau suruh presiden mpum yang tak pandai cakap org putih tu belajor cakap org putih kemudian suruh dia amik aviation engineering lepas tu .. bina jet pejuang... daripada gi runtuh pagor um tu.
Anonymous said…
Semoga tidak ada sebarang unsur rasuah dalam pembelian......
Anonymous said…
India xder masalah nk upgrade jet Mig dia sbb mmg kbnyakan jet tue pun dah pasang kat sana. Syarikat2 spt HAL & bharat electronics mmg dh join lama dh utk develop & maintain fleet Mig yg sedia ada. Sejarah india pkai jet sovjet russia nie sejak dr tahun 50an lg. Jet Mig29 malaysia pun pada asalnya adalah utk kegunaan tentera iraq ttp x sempat dihantar sbb sekatan. Sudahnya jet tersadai dlm gudang & dijual kpd sape2 yg berminat. Jet ini dinamakan 'whitetail jet'. Soalnya skrang apakah ekonomik nk naik taraf mig29? Klau ekonomik sapa yg nk amik tggangjwb utk upgrade? Klau nk upgrade, varians mana yg nk kita upgrade? SMT atau OVT. Pihaj russi sendiri pun dh x develop varian mig29 yg asal, sekarang depa pun propose mig35 utk ganti mig29. Klau propose maknanya gantj terus bukan? Maknanya pihak russia sendiri pun dh x berminat upgrade. Sebaliknya cadang terus utk ganti dgn yg lain. Bukan kah tue pun melibatkan kos yg besar bukan? Jadi pertimbangan yg mendalam perlu dibuat. Sbb mana2 pun akan melibatkan kos. Mgkin skrg nmpak murah tp belanja nk maintain utk smpai tahap 15 tahub serviceable ke epan macam mana?
Anonymous said…
ada dua pihak punya pendapat yg berbeza..

pertama, golongan yg prihatin pada aset dan keselamatan negara , kamu ..aku dan anda sekalian , mahu keajaanbeli barangan ketenteraan yang kita mahu dan kita suka mengikut penilaian dan pendapat kita .

kedua, golongan pembangkang yang samasekali tidak mahu kerajaan beli aset2 ketenteraan, alasan membazir kerana dengan siapa kita mahu berperang ? setiap pembelian di politikan dan setiap pembelian di momok dengan pelbagai cerita dan fitnah, mereka mahu malaysia jadi sebuah negara kolot dan beku , lemah dan serba kekurangan , bila perang esok semua jadi mayat tak sempat angkat senjata !

kerajaan, ada yg baiknya dan ada lemahnya, masih ada unsur birokrasi dan rasuah , ada sifat keji dalam individu yg terlibat , ini penyakit tradisi turun temurun
Anonymous said…
Aku SETUJU dgn. pendapat BERNAS Ayahanda Tun kita! Russia lebih boleh dipercayai!

Kerana Boeing tu memang bukan boleh percaya - ia adalah disyaki kepunyaan CIA/MOSSAD! Lihat sajalah bagaimana Timb. Pres. Boeing di Asia Tenggara disyaki terlibat dlm. TERORISMA termasuk menghempaskan kapalterbang Indonesia, letupan bom di Bali (yg. disalahkan ke atas umat Islam), serta juga di mana ramai anak-anak Indonesia/Cambodia diROGOL/diBUNUH puak PEDOFILIA yg. disyaki didalangi puak Boeing ini – spt. didedahkan artikel bernas wartawan Jepun, Shimatsu di - http://www.rense.com/general96/role.html, Role Of Israel & Soros Exposed By MH370 Twin Jet In Tel Aviv, By Yoichi Shimatsu, 3-27-14:

…Going Boeing: We Know Why We're Here

Boeing's motto is precision perfect when it comes to MH370. No other aircraft manufacturer (think of McDonnel Douglas, for example, or long-gone Hughes) is closer to the US intelligence services. More than a business corporation, Boeing is a state unto itself, with a vast network of facilities around Seattle and at every major airport around the globe. Less visible are its connections with obscure airlines operating in remote islands, where it is routine to find amputated limbs of human-sacrifice victims floating into Puget Sound. The company provides for all of its powerful customers needs, desires and wildest fantasies, as expressed in its older slogan: Forever New Frontiers….

…..Lord of the Skies and Depths

The Boeing corporate vice-president for Southeast Asia is Ralph "Skip" Boyce, the former US ambassador to Jakarta and Bangkok. The prize job came as reward for his past services to Boeing, black operations and the pedophile network. After his retirement from government service, Skip didn't break his stride:

-Boyce had just sold dozens of Boeing civilian aircraft to a new airline controlled by the Indonesian military just before the "accidental" crash of a demonstration model of a lower-cost Sukhoi Super 100 passenger plane for inexplicable reasons into a mountain after takeoff from the joint U.S.-Indonesian Halim Air Force Base.

Some background on the business-savvy man from Boeing:
- Boyce was on duty during the Bali bombing. Then editor of Jakarta Post Robert Finnegan, a retired Marine and founder of the 5th Estate news site, found evidence of high explosives and nuclear materials at the bomb site, which pointed to a US intelligence role in the killing of Australians undercover agents and Indonesian civilians. The ambassador in response arranged his removal from his editorship.

- Ambassador "Boyz" was the de facto dean of American envoys in Southeast Asia when anti-pedophile activist Sean Parlaman jumped off his apartment balcony in Pattaya, Thailand, according to local police on the pedophile payroll. His protection of high-ranking pedophiles in the State Department and Congress coincided with the discovery of the skeletons of 500 Indonesian boys inside a cave in Bali and intimidation of a Cambodian orphanage as a recruiting ground for sex slaves whose average age was 10 years old.

Boeing is certainly out there on the frontiers…..

Nenek TUA Sambal Petai.
Anonymous said…
Juga, disyaki Boeing juga terlibat dgn. kehilangan MH370 kita!

Nenek TUA Sambal Petai.
Anonymous said…
BELI SU-35..PASTU PASANG AESA RADAR
Anonymous said…
Pilihan mana pun rasanya tak boleh guna kesan 'kapal terbang yang x dikenali'
Unknown said…
TIDAK BOLEHKAH KERJA UPGRADE NI DIBUAT OLEH TRNAGA TEMPATAN? SAMPAI BILA KITA NAK BERGANTUNG PADA MUSUH UNTUK MELENGKAP KAN SENJATA KITA
Anonymous said…
Ceo siber bangsat hy tau cut paste. Org citer benda lain dia sembang benda lain. Inilah taraf pembangkang x lebih dr longkang

jentayu

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.