Hanya Orang Tidak Waras Terima Pencalonan Lawan Hadi Awang...

Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan hanya individu yang tidak rasional akan menerima pencalonan untuk mencabar kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.
    
Beliau berkata secara tradisinya, seseorang presiden PAS tidak pernah dicabar oleh mana-mana individu lain kecuali transisi kepimpinan dilakukan atas sebab mengisi kekosongan seperti kematian.
    
"Secara rasionalnya, tiada sesiapa yang akan menerima pencalonan bagi mencabar Abdul Hadi pada pemilihan kali ini melainkan mereka yang tidak munasabah sahaja akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
    
Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen PAS Kota Bharu mengulas tindakan PAS Kota Baharu yang mencalonkan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Presiden PAS namun beliau menolaknya semalam.
    
Beliau berkata Abdul Hadi masih berkelayakan untuk menerajui tugas sebagai presiden parti itu dan tiada keperluan untuk mencabar jawatan nombor satu itu pada Muktamar Tahunan Ke-61 PAS Pusat pada Jun depan.
    
"Presiden parti (Abdul Hadi) dilihat masih berwibawa bagi meneruskan agenda parti berikutan ketokohannya sebagai seorang ulama," kata Takiyuddin.
    
Menurutnya alasan faktor kesihatan Abdul Hadi juga tidak boleh diterima pakai bagi melepaskan jawatan itu.

Rasional = Waras (Kamus Dewan)
Tidak Rasional = Tidak Waras aka Gila.

Comments

Anonymous said…
Nasharudim Mat Isa..perlu dicalonkan dan disokongi... Pendirian calon yg dinamakan Kbahru masih tak jelas..terhadap Anwarinas... Kedudukan No 1 dan 2 perlukan yg benar benar terbukti Non Anwarinas..Ahli Pas jgn mudah terperangkap muslihat puak anwarinas... ingat duit dan blackmail pasti berleluasa..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID