Pesawat Apa Yang Akan Ganti MiG-29N...??


Sehingga artikel ini di tulis, masih belum ada sebarang maklumat atau berita yang  rasmi sama ada pesawat Multi Role Combat Aircraft MRCA akan di beli bagi menggantikan MiG-29N yang sudah menghampiri tamat tempoh perkhidmatannya pada hujung tahun ini...

Tetapi ada sumber yang mengatakan berkemungkinan besar semasa LIMA 2015 nanti, akan ada keputusan bakal dibuat untuk pemilihan dan pembelian MRCA bagi menggantikan MiG-29N... 

Malah ada juga sumber yang mangatakan keputusan pembelian pesawat hanya akan dibuat semasa pembentangan bajet RMK-11 pada tahun ini atau semasa awal RMK-11 nanti...

Namun jika keputusannya masih tiada semasa berlangsungnya LIMA 2015 dan selepas
pembentangan bajet RMK-11 nanti, maka besar kemungkinan memang tidak akan ada la pembelian pesawat baru MRCA untuk menggantikan pesawat MiG-29N...

Ini bermakna negara kita dan TUDM hanya akan bergantung harap kepada pesawat Su-30MKM dan F/A-18D Hornet sahaja sebagai pesawat pejuang barisan hadapan yang akan menjaga kedaulatan negara pada masa akan datang...

Seperti yang pernah Tun Mahathir katakan, pesawat ini hanya perlu di baik pulih dengan kata lain perlu di hantar semula ke russia atau mungkin akan di buat di disini untuk di SLEP (Service Life Extension Program) dilakukan, negara India telah melakukan perkara yang sama untuk 69 buah jet MiG29 mereka sehingga keupayaan jet pejuang MiG29 (nama baru setelah upgrade MiG 29UPG) milik tentera India dikhabarkan menyamai keupayaan jet pejuang Sukhoi 30 dan kerajaan India hanya mengeluarkan separuh dari kos yang telah di peruntukan untuk membeli jet pejuang baru...

Apa pun kita tunggu dan lihat, takan kita nak harapkan Sukhoi 30 dan F/A-18D Hornet sahaja untuk menjaga kedaulatan ruang angkasa negara kita...

Comments

Anonymous said…
DAP sure bangkang apa2 perbelanjaan melibatkan pertahanan.
Anonymous said…
Rasanya postponed lagi,kekangan kewangan.hutang negara membengkak.
Anonymous said…
amik la Su37.....100 unit..ada je duit..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID