Stopa Ali Confident Mat Sabu Tak "LANGGAR HAJI HADI"
Kelmarin stopa ali kata, kedudukan hadi awang tidak akan dicabar. tanpa ragu-ragu, beliau malah berani menyebut sebagai jaminan bahawa hadi awang akan kekal sebagai presiden pas selepas muktamar pemilihan pada jun ini. confident betul stopa ali...
Rupa-rupanya, keyakinan stopa ali itu hanya bersandar pada tradisi bahawa selama ini, iaitu sejak bermula era kepimpinan ulama pas pada 1983, jawatan presiden tidak pernah dicabar. betullah itu...
Mungkin apa yang akan berlaku dalam pas pada pemilihan kali ini sama seperti apa yang pernah dibuat oleh anwar ibrahim dulu, mulut anwar kata dia takakan mencabar tun ghafar untuk kerusi naib presiden umno, dalam masa yang sama juga segala jentera dan banker anwar telah turun ke bahagian-bahagian berkempen untuk anwar...
Dalam kenyataan kelmarin, stopa ali dengan penuh confident berkata hadi awang pasti tidak akan dicabar, stopa ali juga turut berani meramalkan bahawa besar kemungkinan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh mat sabu, akan ada pencabarnya...
Soalnya sekarang, adakah PASMA akan berdiam diri dan membiarkan hadi awang sekali lagi di angkat menjadi presiden pas...
Comments