Sedikit Cerita Pasal KWSP...

Semua orang tahu pasal kwsp naikkan had umur untuk keluarkan duit simpanan mereka dari umur pencen 55 ke 60 tahun...

Alasan kwsp bagi ialah, melalui kajian dan survay mereka, hampir 70 peratus pencarum menghabiskan wang kwsp mereka itu tak sampai 2-3 tahun selepas mereka bersara, itu kata kwsp...

Jadi kalau itulah alasan kwsp, bermakna sesiapa yang nak langsaikan pinjaman perumah mereka selepas mereka bersara, mereka kena tunggu lagi lima tahun untuk selesaikan hutang rumah itu...

Kebanyakan dari pencarum yang mencarum di kwsp adalah pekerja swasta, pencen umur 55 tahun dan duit kwsp umur 60 baru boleh di keluarkan...

Selama lima tahun, dari pencen sampai ke umur wajib keluarkan duit kwsp 60 tahun, kat mana mereka nak cekau duit???

Mungkinkah selama lima tahun mereka terpaksa kerja partime untuk membayar baki pinjaman perumahan, kereta dan lain-lain pinjaman???

Mereka terpaksa menunggu lima tahun untuk menggunakan wang simpanan mereka itu untuk menunaikan ibadah haji, support anak kawen dan lain-lain...

Atau mungkin dalam tempoh lima tahun itu, ada yang sudah meninggal dunia, langsung tak merasa duit hasil titik peluh mereka selama mana mereka berkerja...

Kesian kan...

Comments

Gabenor johor said…
Saya suka kalu kwsp boleh simpan duit saya sampai 100 tahun..lg bagus sbb masa tunsaya dah tak larat nak tambah bini lg..nk bermewah lagi..i follow kwsp
Anonymous said…
admin dah mula nampak helah kerajaan amano.

Duit dah tak ade. Jangan kasi rakyat guna dulu. Kasi keraaaajaan guna dulu. Perancangan kot.
Anonymous said…
Anon 1:25PM, rasional lah sikit, xkan semua perkara nak salahkan Umno, hang faham lah duit ne, ketika tua kalau x berhemah belanja, bolih berak kapor dibuatnya, KWSP belum lagi mengambil kata putus, perkara ini sedang hangat diperdebatkan sekarang.
Anonymous said…
Salah atau tidak. Mesti bertindak.

Melayu mesti ubah pemimpin dalam parti... baru berjaya.

Kalau Melayu dalam parti x ok... kena sokong Melayu parti lain... baru berjaya...

Kalau Melayu parti lain rosak tukar plak Melayu dalam parti skarang(tentu Melayu lama bungkus dan Melayu baru naik)...
baru berjaya.

Tuhan suruh berubah.

Kenapa Islam dulu boleh perintah dunia? Boleh ubah kan...
Anonymous said…
saya tak setuju kwsp mandatori duit saya.saya nak selesaikan hutang cepat.tahu lah saya nak gajikan bulanan duit saya nanti .jangan udah umur 60 , hutang masih berlambak.secara tak langsung bank pun susah jugak.kwsp pun tak pandai untuk menambah duit saya seperti tabung haji,bank rakyat dll.Ataukah kerajaan Barang Naik yang bagi arahan kut..
Anonymous said…
kalau kamu semua nak tahu, hutang 1MDB yang sebanyak 42+3 bilion seperti yang Tun M tanya tu adalah duit dari KWSP. itu sebabnya bila Tun M pertikai mengenai hutang 1MDB, dengan tiba-tiba KWSP pulak kata duit pencarum umur 60 tahun baru boleh di keluarkan, KWSP nak rolling duit dulu, duit dalam KWSP dah tak ada.
Anonymous said…
KWSP patut saman anon 308 di atas ni sekiranya ada unsur2 fitnah dalam ulasannya. Sebaiknya KWSP boleh dikeluarkan di antara umur 55 hingga 60 tahun ikut suka pencarum, sebab mereka yang merancang hidup mereka sendiri.
Anonymous said…
Anon 327 patut jadi MP be end. Buat undang2 ISAAA(triple AAA tue). Baru punya kasi suma orang diam.

Kalau zaman dulu boleh jadi MP parti Firaun.

Nak jadi MP be end x perlu ngaji tinggi2 atau ilmu banyak.

Takut fitnah, tapi buat kerja senyap2/pelik2. Pemimpin mewah rakyat semakin susah.
Anonymous said…
Kalu aku nak kawin lain ..umr 56 mana nak cekau duit... kwsp be realistic laaa. Ada org bini mati ngam2 umr 55....
Anonymous said…
Nkor blajar english kat ulu mana la wea.... mana ada perkataan be end...... be ended ada la... pi sekolah tadika semula...
Anonymous said…
Other option ;
Hold 60 000, monthly release 1000.
At least till age 60, still have 1000 monthly income.
Anonymous said…
Jangan tegur apa kerajaan buat!. Jangan cuba nak memecah belahkan perpaduan yang sedia ada!
shamal66 said…
Seloka KWSP



K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nak guna
P engluaran pulak sudah dilanjutkan
K ira-kira nak beli rumah
W ang yang ada nak jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nak ada harta
K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jangan disakau
S iapa berharta bertingkek-tingkek
P andang remeh memang tak hirau
K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan sahaja
P ayah benar kalau dilanjutkan
K alau benar mahu membantu
W alau susah digayakan juga
S emua orang matlamatnya satu
P ersaraan nanti akan terjaga
K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita
K alam W akalah S emua P ekerja

Karya - Hentam sja lah Labu
shamal66 said…
Seloka KWSP



K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nak guna
P engluaran pulak sudah dilanjutkan
K ira-kira nak beli rumah
W ang yang ada nak jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nak ada harta
K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jangan disakau
S iapa berharta bertingkek-tingkek
P andang remeh memang tak hirau
K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan sahaja
P ayah benar kalau dilanjutkan
K alau benar mahu membantu
W alau susah digayakan juga
S emua orang matlamatnya satu
P ersaraan nanti akan terjaga
K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita
K alam W akalah S emua P ekerja

Karya - Hentam sja lah Labu
KZSO said…
Siapalah punahsihat dato shahril tu...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID