Fakta Menarik Dari Filem Tan Sri P. Ramlee Yang Relevant Hingga Kini...

Filem Bujang Lapok adalah kritikan sosial terhadap gaya perbelanjaan masyarakat yang sebenarnya masih relevan hingga ke hari ini. Berdasarkan kadar inflasi malar 6% setahun sejak 1960 hingga ke hari ini, anggaran nilai yang disebut dalam filem tersebut pada hari ini: i) Upah tutup rahsia; 20 sen-Nilai 20 sen pada 1960 pada hari ini adalah RM4.40. Agaknya, apa boleh dibeli pada hari ini untuk merasuah seorang kanak-kanak seusia 5 ke 6 tahun? ii) Mahar perkahwinan Sudin; RM1,000 serba satu-RM1,000 pada 1960 bernilai RM21,939 pada hari ini. Patutlah Ajis tak setuju dan menganggap majlis yang bakal dibuat itu terlalu besar-besaran. iii) Nilai gadaian cincin berlian Makcik Eton; RM3,000-Pada hari ini, nilai cincin berlian Makcik Eton itu adalah sekitar RM65,000. Tak peliklah kalau dia dianggap orang ada-ada kerana memiliki cincin berlian sebegitu. iv) Jumlah yang dipinjam daripada Benggali oleh jiran sebelah rumah Sudin untuk perbelanjaan kahwinnya; RM5,000-Pada...