Aku Cadangkan Abam-Abam Teksi Guna Kereta Ini...

Dah tiga empat hari, pemandu teksi merungut kononnya, kereta proton tak kompetan untuk di buat teksi, kata mereka, proton selalu rosak, nak servis mahal, spare parts susah, power window selalu jemm, kereta sempit dan bermacam-macam lagi...

Jadi untuk menyelesaikan masaalah abam-abam teksi ini, kerana abam-abam teksi je yang merungut, orang lain (pengguna biasa) tak merungut pun pasal proton nie, kalau ada pun orang tu bengang pasal tak mampu beli kereta mahal...

Penyelesaian aku cukup mudah, di sini aku ada senaraikan kereta yang susah nak rosak, spare parts senang dapat, power window tak akan rosak dan bersaiz besar...

1. BMW 3, 5, 7, 10 siri, kelebihan kereta ini, memang confort, power window tak pernah ada masaalah, spare parts senang cari, service? makanik bawah pokok pun boleh services...


2. Humvee. Kereta ini memang besar, pelancong tak akan merungut kereta kecik, tahan lasak, spare parts dan services? aku pernah tanya tentera us, depa kata kalau bawak kereta tak macam lembu, good willing boleh tahan 20 tahun tampa major service...


3. Produk malaysia, Deftech AV8, kenderaan ini DS Najib baru launcing 3-4 bulan sudah, kenderaan baru, mesti tak ada masaalah, takkan ada lagi masaalah power window yang menjadi rungutan abam-abam teksi, pasal dia tak ada power window, hahaha, tayar? ok masa launcing kat pekan dulu aku tanya pegawai deftech nie pasal tayar, dia kata kalau kau tak main drif insyaallah boleh la tahan 15 tahun...


4. Hummer. Macam csi pakai, ini pun kereta cukup sesuai untuk buat teksi dan sudah terbukti di banyak negara, harap abam-abam teksi boleh beli kereta ini...


Tapi pada aku la, kalau kau kereta macam lembu, pakai la kereta apa pun, tetap juga jahanam...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID