Guna Lori MBPJ Untuk Seludup Mercun... Tahniah Azmin Ali.


Seramai tiga kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ditahan polis kerana cuba menyeludup masuk mercun dari Thailand di Jalan Rantau Panjang lama, kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Turut ditahan bersama mereka ialah seorang kakitangan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

Lebih memalukan, suspek berumur 30 hingga 33 tahun itu turut menggunakan lori MBPJ bagi mengelirukan pihak berkuasa untuk membawa masuk mercun tersebut, namun percubaan mereka gagal.

Menurut sumber, tiga kakitangan MBPJ tersebut telah memandu lori MBPJ ke Thailand untuk memborong pelbagai jenis mercun dan bunga api, dipercayai untuk mengaut keuntungan pada hari raya akan datang.

“Suspek mungkin sangka polis tidak akan tahan apabila mereka bawa lori MBPJ. Sebenarnya, bila lori MBPJ melintasi sempadan, kita lagi pelik sebab tidak mungkin mereka ada urusan kerja di Thailand.

“Selain tiga kakitangan MBPJ itu, turut ditahan ialah seorang lagi penjawat awam menjadikan sejumlah empat orang diberkas,” ujarnya.

Jelas sumber terlibat, hasil pemeriksaan menemui sebanyak 35 kotak mercun dan 92 kotak bunga api, termasuk 36 kotak Happy Boom serta resit RM14,340.60 yang dikeluarkan dari Thailand.

“Lori itu dinaiki dua suspek manakala dua rakan mereka menaiki kereta lain dan mengekori dari belakang. Kesemua mereka yang disahkan bebas pengaruh dadah dipercayai mahu menyeludup mercun dan menjualnya sempena dengan perayaan Aidilfitri akan datang,” ujarnya.

Sumber: Selangor Post

Comments

Anonymous said…
Pr rusak sampai ke usus...
haramjadah tak habis2 menyusahkan rakyat

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID