Bagai Mana Nak Tarik Undi Orang Cina? Ini "TIPS" Dari Parti GERAKAN...
Gerakan memberi ‘tips’ kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik semula sokongan pengundi Cina yang semakin teruk sebagai persediaan menghadap Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, masyarakat Cina kurang berminat dengan isu pilitik sebaliknya lebih mementingkan isu dan masalah yang membebankan kehidupan mereka seharian.
Katanya, sokongan masyarakat Cina pasti kembali kepada BN jika kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup disebabkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan tol selain isu pendidikan seperti kemasukkan ke universiti dan sekolah jenis kebangsaan.
“Ini perkara-perkara yang mereka hadapi tiap-tiap hari. Saya tidak fikir masyarakat Cina terlalu ambil berat soal politik berbanding masalah yang dihadapi seharian,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Beliau ditanya adakah kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang mampu mengembalikan sokongan pengundi Cina terhadap BN.
Menurut Keng Liang, kenyataan yang dibuat Perdana Menteri itu untuk menangkis tohmahan yang dibuat oleh pembangkang yang menanam kebencian rakyat terutama masyarakat Cina terhadap terhadap BN.
“Ia (kenyataan Najib) akan bantu dari segi persepsi dan tidak menjadikannya bertambah buruk. Tiap-tiap hari pembangkang buat fitnah kepada BN mengenai masyarakat Cina,” tegasnya.
Sumber: FMT
Comments
Buat macam mana pun orang cina akan pilih DAP. Ajib Gor kena tipu dan kencing jer. Yang menipu Ajib Gor....MCA dan Gerakan.
hunus keris la, nak mandikan keris dgn darah cina la.....mcm2 drama umno ni....poodah chit!!!