Lagi Sekali Insiden Bogel Di Sabah...???


Selepas insiden beberapa orang pelancong berbogel di puncak Gunung Kinabalu, sekali lagi insiden yang sama berlaku di Sabah yang menyinggung perasaan warga tempatan.

Ketua Polis Semporna, Supt Peter Umbuas mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai gambar bogel yang dipercayai pelancong dari China yang tersebar di media sosial.
"Kami telah menerima laporan daripada orang awam mengenai perkara itu dan siasatan sedang dijalankan mengenainya," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Sementara itu, Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bullah ketika dihubungi berkata, gambar yang disebarkan itu memaparkan seorang perempuan bersama tujuh orang lelaki berbogel dan sekeping lagi gambar memaparkan seorang pelancong lelaki bersama tiga wanita separuh bogel di Pulau Sibuan, Sabah.

Pulau Sibuan adalah di antara 50 buah pulau di bawah Taman Laut Tun Mustapha (TMP), berkeluasan 1.02 juta hektar yang juga bakal diiktiraf sebagai kawasan perlindungan marin terbesar (MPA) dan taman laut biodiversiti yang pertama di Malaysia.

"Apa yang mereka lakukan adalah sangat tidak bertamadun dan menyinggung perasaan penduduk kampung tradisi yang majoritinya beragama Islam di kawasan itu.

"Ini adalah kejadian yang pertama berlaku di kawasan ini dan saya benar-benar berharap ia akan menjadi yang terakhir," kata Dr Chacho dengan menambah, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 18 Oktober lalu.

Katanya, surat rasmi telah dihantar kepada pihak Taman Laut Sabah untuk menyiasat insiden itu yang dilampirkan bersama laporan daripada Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Tempatan Semporna.

"Tingkah laku mereka ini telah mencemarkan imej di daerah ini dan saya percaya gambar-gambar itu disebarkan menerusi WeChat.

"Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat," katanya.

Pada 30 Mei lalu, sekumpulan 10 orang pelancong mengambil gambar bogel di puncak Gunung Kinabalu dan seminggu kemudian berlaku kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala ricther dan telah meragut 18 orang nyawa termasuk kanak-kanak.

Penduduk tempatan percaya kejadian ini berlaku rentetan daripada tindakan berbogel itu yang menimbulkan kemarahan semangat nenek moyang penjaga gunung tersebut yang dianggap suci di kalangan masyarakat tempatan. Sumber: RakyatPost

Manusia sekarang dah gila...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID