Lepas 2016 Tiada Lagi Air Percuma Untuk Rakyat Selangor...??

Skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor bagi 2017 dan tahun seterusnya, bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata ia berikutan skim yang diperkenalkan sejak 2008 itu membabitkan jumlah peruntukan besar.

“Untuk 2016 kita akan teruskan (skim air percuma) seperti yang kita umumkan dalam bajet sebelum ini kerana kita telah pun memperuntukkan RM170 juta bagi tujuan itu.

“Bagaimanapun untuk tahun seterusnya (selepas 2016) kita akan lihat kemampuan kerajaan negeri memandangkan kos untuk skim itu, agak tinggi,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini...

Sebenarnya tiada pemberian air percuma di selangor, yang kerajaan selangor bagi tu hanyalah subsidi 20 milileter padu, pakai lebih kena charge, logiknya mana ada rumah yang pakai kurang atau ngam-ngam 20 milileter padu tu...

Istilah percuma ialah, pakai free flow, syabas tak hantar bill, itu baru dinamakan air percuma (free)

Apa pun lepas 2016, kerajaan selangor akan mengkaji semula subsidi air, kalau kewangan negeri tak kukuh, maka 2017 no more subsidi air, kalau rakyat nak jugak subsidi air, terpaksalah kerajaan negeri menjual segala aset atau tanah negeri selangor untuk tampung kos subsidi air tu...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID