Alvin Tan Lari Keluar Negara Untuk Elak Dibicara - Saksi...


Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) mengesyaki blogger kontroversi Alvin Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri prosiding perbicaraan kes terhadapnya.

Penolong Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan di MCMC, Akmal Hamdy Baharudin, 32, berkata ia berdasarkan laporan yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“MCMC memohon kepada Interpol dan kemudian mengeluarkan ‘Notis Merah’ bagi mengesan dan membolehkan Tan ditangkap sekiranya dikesan memasuki mana-mana negara,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Sebelum ini, Tan gagal hadir kali pertama ke mahkamah pada 13 Jun 2014 ketika sebutan kes itu. Mahkamah bagaimanapun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal mengembalikan pasport yang dipohonnya bagi tujuan penggambaran dokumentari di Singapura.

Namun, mahkamah kemudian masih meneruskan perbicaraan terhadap bekas teman wanitanya, Vivian Lee, meskipun tanpa kehadiran Tan.

Akmal Hamdy, merupakan saksi pendakwaan ke-18 dalam kes perbicaraan Alvin Tan atau Tan Jye Yee dan Vivian Lee atau Lee May Ling yang didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak dan menyelerakan)’ yang mengandungi logo halal, di laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi, 12 Julai 2013, mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Mereka turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud bersambung pada 24 Feb.— Bernama

Comments

Anonymous said…
JANGAN do harap kat InterpolZIONIS tu! Yg. hanya tau menangkap umat Islam kononnya 'teroris' - termasuk kerjasama depa dgn. sy.-sy. penerbangan termauk AaSIAL tu!

Itulah ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 - sebeanqnya PENAKUT! Cthnya si BABI PORNO/HOMO ni! Dia ingat kat Amerika tu dia boleh buat apa dia suka - tunggulah masa dia nanti diLAHAP Serial Killer yg. berlambak kat sana; apalagi depa amat suka lelaki PORNO/HOMO!

Nek Tempoyak.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.