Anjing Pon Tahu Berbakti Untuk Negara, Manusia Jadi Pengkhianat Negara...


KISAH SEDIH 'BEN' YANG MERANGKAK DI KAKI TUANNYA SEBELUM MATI AKIBAT DITEMBAK KOMUNIS

Disebabkan ramai yang inbox minta saya lanjutkan penceritaan kisah-kisah keperwiraan ini, saya teringat satu cerita sedih yang menyayat hati tapi tak ramai di antara kita yang tahu mengenainya.

Menurut maklumat dari xnuripilot.blogspot.com, pada 18 April 1974, sekumpulan 30 orang anggota komando termasuk Ben dari Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) yang diketuai Left. Zainal Abidin Husin telah diterbangkan dengan dua buah helikopter Nuri ke Hutan Simpan Kinta, Perak dari Kem Komando Sungai Udang Melaka. Misi mereka adalah memburu pengganas komunis yang dikesan berada di situ.

Keesokan harinya ketika sedang melakukan pemburuan tersebut, pasukan Left. Zainal telah ditembak bertalu-talu oleh gerombolan pengganas yang berjaya mengesan kehadiran mereka. Dalam erti kata lain pasukan tentera kita telah diserang hendap! Sebenarnya Ben terlebih dahulu mengesan pergerakan pengganas komunis ini dan 'memberitahu' pegawainya, Sarjan Chandan. Ben yang ketika itu bersama Sarjan Chandan tiba-tiba berhenti berjalan dan duduk, seolah-olah dapat menghidu kehadiran musuh. Malang sekali tak sampai beberapa saat mereka terlebih dahulu diserang,

Mangsa pertama yang menjadi sasaran pengganas komunis adalah Ben. Ini kerana mereka tahu Ben sangat mahir dalam hutan dan sangat bahaya untuk membiarkan Ben hidup. Bersembur darah Ben bila tubuhnya dihujani peluru musuh. Dalam masa yang sama pasukan Left. Zainal membalas tembakan. Namun sayang sekali Ben tidak mampu bertahan lama...tubuhnya tidak mampu lagi menahan kesakitan akibat tembakan menggila pihak musuh. Sebelum mati, Ben merangkak perlahan-lahan dan menghulurkan kakinya pada tuannya, Sarjan Chandan. Ben seolah-olah mahu mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir pada tuannya itu. Ben akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Chandan.

Keesokan harinya Ben berjaya dikeluarkan dari hutan tersebut dan dibawa ke PULADA untuk disemadikan di sana. Sehingga sekarang 'kubur' Ben masih ada di kem itu yang terletak di Ulu Tiram, Johor.

SALUTE!


SAK: Ben adalah anjing perang baka Labrador yang cukup ditakuti pengganas komunis di zaman kegemilangannya. Walaupun seekor binatang, namun jasa Ben pada negara sangat besar...malangnya ketika ini negara kita mempunyai ramai manusia tetapi sikap mereka mengalahkan anjing...hanya tahu mewujudkan permusuhan dan persengketaan sesama kita...jauh lebih rasis dan bersifat kebinatangan...sekurang-kurangnya Ben masih memberi jasanya pada negara - mereka yang lebih anjing dari anjing ini pula bagaimana? SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.