Apa Puteri Buat Sehinggakan 51,761 Ahlinya Belum Daftar Mengundi...


Kata ketua puteri umno, seramai 51,761 daripada kira-kira 400,000 anggota Puteri UMNO yang berumur lebih 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pemilih. SUMBER.

Aku nak tanya balik, sempat ke nak daftar semua 51,761 itu menjelang pru 14 nanti, angka itu adalah untuk tahun ini, tahun depan akan bertambah lagi, kalau 51,761 tu tak clear tahun ini, tahun 2017 akan bertambah lagi dan tahun 2018 akan bertambah lagi...

Sayang cukup sayang, ahli dan pengundi dah ada dalam tangan, cuma nak gerakan je untuk pi daftar, itu pun masih tak mampu nak buat, apa guna ada ketua-ketua puteri di setiap cawangan, bahagian dan negeri? kenapa lembab sangat...???

Macam mana tak lembab, kalau dalam asyik dok berselfie je memanjang, asal ada program mesti selfie, asal selfie mesti masa program... masa program selfie, masa mesyuarat selfie, masa PAU pun selfie, sudahnya tertinggal 51,761 ahli puteri yang tak di daftarkan lagi jadi pengundi...

Presiden umno kena tengok-tengokkan sikit puteri nie, nampak mereka terlalu selesa, program mendekati pengundi amat penting, kalau buat program tu, biarlah betul-betul pada sasarannya iaitu pengundi bukan dikalangan kaum keluarga ahli puteri...

Ingat ramai wanita muda yang kini dah tak berapa nak minat menyokong kerajaan, puteri harus menarik balik sokongan mereka, bukan asyik berselfie...

Berubah la puteri oii...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.