Kerajaan Maldives Minta Bantuan Tentera Malaysia Tangani Rampasan Kuasa...

OPERASI CACTUS

Pada November 1988, negara Maldives yang terletak di kepulauan Lautan Hindi telah dikejutkan dengan satu rampasan kuasa diketuai oleh seorang ahli perniagaan bernama Abdullah Luthufi bersama dengan kekuatan anggota seramai 80-200 orang yang mana kebanyakan mereka datang dari kumpulan Pembebasan Rakyat Tamil Elam (PLOTE). 

Tujuan rampasan kuasa adalah untuk menjatuhkan Presiden Maldives ketika itu bernama Moaumad Abdul Qayyoom. Tersentak dengan kejadian tersebut Presiden Qayyoom melalui duta Maldives di PBB memohon campurtangan ketenteraan daripada beberapa negara seperti India, Amerika Syarikat, Britain, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia. Permintaan Presiden Qayyoom mendapat respons segera dari negara-negara terlibat terutama India yang melihat kejadian di Maldives boleh menggugat kestabilan rantau tersebut. 

Dikenali sebagai Operasi Cactus, India mengerakan pasukan payung terjun mereka dari 50th Independent parachute brigade untuk bergabung dengan pasukan tentera yang masih setia pada Presiden. Malaysia yang dilaporkan dari beberapa sumber pula menggerakan pasukan TLDM bagi tujuan mengawal serta menyekat laluan laut dari dibolosi oleh anggota upahan PLOTE selain mengerakkan anggota penerjun bagi misi mengawal lapangan terbang antarabangsa Maldives.
 
Rampasan kuasa tersebut akhirnya gagal dan melihat jumlah korban sebanyak 27 orang yang kebanyakan dari tentera upahan PLOTE. Abddullah Luthufi akhirnya ditangkap ketika cuba melarikan diri bersama penyokong-penyokong beliau melalui jalan laut. Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi tentang penglibatan tentera Malaysia dalam Operasi Cactus ini namun dari sumber yang tidak rasmi mengatakan bahawa pengalaman di Maldives telah memberi ilham kepada pemikir dasar pertahanan negara tentang keperluan mewujudkan Pasukan Atur Cepat atau dikenali sebagai Pasukan Para. SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.