Tutup Aurat Dulu, Kemudian Khatam Quran Lepas Tu Baru Bayar Tunggakan Gaji... Itu Baru Betul...


"Assalamualaikum, Dato' Vida ada sebut kepada pemain bolasepak Kelantan, khatam quran dulu, baru beliau akan lelong sebuah cincin beliau untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain.Sekali pandang syarat yang diberikan itu seperti mahu meng"Islam"kan bolasepak Kelantan, satu usaha murni selari dengan cita cita merealisasikan hukum Islam di bumi serambi Mekah itu.Apabila pemain khatam quran, bermakna pemain akan membaca ayat ayat Allah yang antara lain merakamkan bahawa Hudud itu dari Allah dan janji ketenteraman negara seandainya hukum Allah ditegakkan.Itu satu yang bagus tetapi dalam quran juga ada ayat yang memerintahkan supaya menutup aurat.Maka pemain yang khatam quran juga akan membaca ayat ini.

Jadi sebenarnya dato' Vida perlu menukar syaratnya, arahkan pemain Kelantan supaya menutup aurat dulu sebelum mengarahkan pemain membaca quran , kerana apabila pemain membaca quran nanti, mereka akan sampai kepada ayat perintah menutup aurat.Logiknya begitu, masakan kita boleh memilih milih amalan, yang serasi dengan selera kita, kita ambil dan yang tidak serari kita buang serta menggantikannya dengan amalan yang bertentangan dengan perintah quran.

Begitu jugalah Dato' Vida, kalau mahu kembali kepada Islam, lakukan dengan ikhlas kerana Allah, jangan lakukan kerana selain Allah.bersukan itu tidak salah kalau syariat dituruti, dituruti dengan erti kata mematuhi semua perintah yang ada dalam quran, bukan setakat membaca quran sampai khatam.

Dengan andaian Dato' Vida mahu mengembalikan syariat ke dalam bola sepak negara menerusi pasukan Kelantan, saya menyeru Dato' Vida memulakan usaha untuk melihat pasukan Kelantan menutup aurat ketika bermain, begitu juga penonton yang perlu diasingkan antara gender.Dato' Vida jangan bimbang selagi semuanya ikhlas kerana Allah pasti akan disokong oleh orang Islam yang ikhlas.(bukan orang PAS tetapi orang Islam). SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.