Hampir Pasti Serpihan Di Mozambique Milik MH370...


Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370, kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan ke atas serpihan itu yang dijalankan oleh Geosains Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di pusat kemudahan di Canberra, Australia sejak 21 Mac, selesai semalam.

Pemeriksaan dan analisis yang dijalankan ke atas serpihan itu dikendalikan oleh pakar antarabangsa daripada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia bagi MH370, ATSB, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Boeing, katanya.

Sebelum itu, Sekeping serpihan, kemungkinan daripada bahagian 'inlet cowling' enjin pesawat ditemukan di persisiran pantai di selatan Afrika Selatan, berhampiran bandar Mossel Bay pada Selasa.
Liow berkata satu pasukan akan dihantar untuk mendapatkan serpihan itu di Afrika Selatan, dan pemeriksaan lanjut serta analisis diperlukan untuk mengesahkan sama ada serpihan itu milik MH370.

Hari ini, kerajaan Australia mengesahkan serpihan yang ditemui di Mozambique kemungkinan besar milik MH370. SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.