MB Kedah Umum Pemberian Barangan Keperluan Asas Hujung Bulan Ini....

Hanya 20,000 daripada lebih dua juta penduduk Kedah akan menerima bantuan barangan asas keperluan harian penghujung bulan ini bagi meringankan beban kos sara hidup dihadapi mereka.

Bantuan yang hanya akan diberi sekali sahaja itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas kerajaan negeri sedar dengan rintihan dan keluhan rakyat berkaitan kos sara hidup.

Katanya, kerajaan negeri bersetuju memberi bantuan sara hidup kepada 20,000 rakyat Kedah yang disampaikan sekali sahaja pada penghujung bulan ini.

“Sumbangan ini dari Pejabat Menteri Besar Kedah yang akan disalurkan melalui pusat khidmat wakil rakyat Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Ahmad Bashah, bantuan di 21 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan diselia pusat khidmat wakil rakyat BN, manakala 15 DUN dikuasai pembangkang akan diselia penyelaras DUN.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.