Sudah 3 Tahun Peristiwa Lahad Datu, Jangan Kita Lupa Pada Ismail Omar...

Di sebuah masjid dekat Felda Sahabat, Lahad Datu. Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar kelihatan sedang khusyuk berdoa. Wajahnya sugul, kepenatan tetapi nyata bersungguh-sungguh. Ketika ini ramai anak buahnya dibunuh kejam oleh tentera penceroboh Sulu. Ketika ini semua mata di Malaysia tertumpu padanya. Cabaran yang beliau pikul bukan calang-calang.

Sepanjang aku berada di sana, Ismail adalah orang paling sibuk menangani masalah ini. Ada ketikanya aku melihat beliau betul-betul dalam kepenatan. Dari Subuh hingga ke tengah malam masih dalam uniform. Matanya lebam tak cukup tidur. Aku masih ingat, kenderaan yang beliau naiki adalah 'Ninja King' Toyota Land Cruiser berwarna putih. Setiap kali beliau keluar masuk dengan kereta itu, pasti akan ada sekumpulan anggota UTK siap dengan senjata automatik ditangan bagi mengawal keselamatan pergerakannya.

Seperti mana nyawa anak buahnya di Kampung Tanduo itu, begitulah 'nyawa' Ismail ketika itu. Bak telur di hujung tanduk. Bila-bila masa saja tentera penceroboh boleh menghantar peluru untuk menghancurkan tubuhnya kerana beliaulah yang mengetuai pasukan keselamatan negara pada waktu itu.

Ada satu perkara yang aku cukup salute pada beliau. Tidak mudah hilang fokus dan mengelabah. Ismail ternyata tenang walaupun pelbagai 'dugaan' yang terpaksa beliau hadapi ketika menangani insiden pencerobohan ini.

Di saat beliau perlu menghancurkan pergerakan tentera penceroboh, Ismail bekerja keras bagi menyakinkah rakyat Malaysia yang kita mampu menangani masalah ini dan paling penting, beliau perlu kuat untuk menyakinkan lebih 80,000 anak buahnya bahawa Sang Saka Biru akan terus berkibar megah walaupun darah menjadi taruhan!

Aku teringat kata-kata penulis H.G Wells;

" If we don't end war, war will end us " SUMBER

Comments

Anonymous said…
ketua polis yang paling lembek
Anonymous said…
Jangan cakap macam tu bro. Dia pun ada jasa pada negara. Dia hanya mengikut perintah dan arahan menteri KDN ketika itu.
Anonymous said…
Assalam Bro,jangan menghina.Aku rasa dia adalah antara KPN yang terbaik.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.