Bung Mokhtar Juga Sudah Fedup Dengan Isu Dadah Yang Tak Berkesudahan...


Sebenarnya cadangan bung mokhtar supaya menembak mati pengedar dan penagih dadah itu bukanlah dibuat mengikut emosi semata...

Bung juga seperti jutaan rakyat malaysia yang sudah fedup dengan perkara itu, tangkapan dadah cukup banyak, tetapi pengedar lepas lari, kalau dapat pun, mereka dihadapkan ke mahkamah, silap hari bulan, mereka lepas bebas akibat kekurangan bukti atau dibebaskan pasal teknikal...

Lepas bebas, stop 2-3 tahun, kemudian mengedar balik...

Jadi sampai bila perkara ini nak selesai...?

Mungkin untuk penagih hukuman tembak mati tak sesuai, tetapi untuk pengedar dadah, pada aku, ianya memang cukup sesuai...

Memang selama ini pun, pengedar dadah berdepan hukuman mati, di gantung sampai mati, mati jugakkan...? so apa masaalahnya kalau tembak mati? tetap juga dia mati...

Kes yang melibatkan dadah ni dari aku kecik sampai la dah tua nie, masih tak selesai-selesai, heran jugak, kalau dalam berita tu, tiap-tiap hari ada tangkapan, tiap-tiap hari berkilo-kilo dadah di rampas, kalau ada pengurangan pun, ianya macam yo-yo, kejap kurang, kejap bertambah balik...

Ntah la, kang komen lebih-lebih, pihak berwajib kata, kita nak masuk campur kerja mereka, adakah kerajaan sudah mencapai misi "malaysia bebas dadah 2015"?

MK IV

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: