PAN Dijangka Letak Profesor Sebagai Calon PRK Kuala Kangsar...


Tak Payah Tunggu 15 Mei, Sekarang Pun Boleh Ramalkan Siapakah Calon PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Sekiranya “ramalan” saya tepat, “Pakatan (?) Harapan” [atau kini lebih sesuai dikenali dengan gelaran Pakatan Putus Harapan] mungkin akan menampilkan seorang bekas pimpinan tertinggi Pertubuhan Ikram yang telahpun menyertai Parti Amanah Negara (PAN) selepas meletak jawatan di dalam NGO tersebut pada bulan November 2015.

Beliau adalah Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli yang terkenal di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Ikram sebagai pakar strategi politik pertubuhan tersebut. Menurut sumber dalaman Ikram sendiri, Prof Termizi yang berasal dari Kuala Kangsar telah lama “berkampung” dan “berkempen” di kawasan Kuala Kangsar sejak meletak jawatan dalam Ikram dan menyertai PAN. Ahli-ahli Ikram Kuala Kangsar sudah pasti mengenal beliau.

Ini bukanlah kali pertama Ikram menghantar ahli-ahli atau bekas ahli-ahlinya bertanding di dalam PRU. Mantan Naib Presiden Ikram sendiri, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus sendiri pernah bertanding sebanyak 3 kali di Johor atas tiket PAS tetapi kalah pada ketiga-tiga PRU tersebut. Ustaz Hasanuddin sekarang adalah Naib Presiden PAN. Dan terdapat ramai lagi bekas ahli/pimpinan Ikram yang telah menyertai PAN serta memegang jawatan-jawatan penting di beberapa negeri.

Kuala Kangsar secara tradisinya merupakan pentas dan gelanggang silat bagi parti-parti UMNO dan PAS sejak sekian lama. Rakyat dan pengundi di kawasan tersebut juga sedia maklum akan hakikat ini. Maka ramai yang tertanya-tanya, apa gerangan PAN untuk masuk bertanding di satu kawasan yang terang-terang akan memecah undi dan memberi kelebihan kepada UMNO untuk menang di kawasan tersebut? Sumber.

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.