Posts

Showing posts from March, 2017

Pembangkang Senyap Sunyi Bila Tahu Si Kencur Ni Pembohong...

Image
Ingat lagi tak cerita si kencur ni? Kononnya dia kata dia boleh mengundi dua kali... So apa cerita si kencur ni? Mana polis report yang dia buat? Kalau benar ada polis report, sudah tentu kita akan tahu kisah selanjutnya... Si kencur ni hanya berani report dekat harakah je, tak berani report kat polis, hahahahah...

Apa Cerita Kes Ni???

Image
Sapa tau cerita selanjutnya pasal kemalangan ni? Apa cerita driver yang yang langgar student kita tu? Sudahkah driver tu dihadapkan ke muka pengadilan? SUMBER .

MEMPERINGATI 193 TAHUN PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU

Image
Kelmarin genaplah 193 tahun berlakunya peristiwa perjanjian yang ditandatangani di antara dua kuasa besar nun jauh di kota London sana, namun perjanjian itu memberi kesan yang amat besar kepada penduduk peribumi di sebuah kepulauan besar di Timur Jauh dan kesannya sejak dari nenek moyang masih lagi dirasai sehinggalah kepada anak cucu mereka walau pada zaman teknologi kini. Perjanjian ini ditandatangani di antara Hendrik Fagel dan Anton Reihard Flack mewakili kerajaan Belanda dengan George Canning dan Charles Watkin Williams Wylkin mewakili kerajaan British. Perjanjian ini ditandatangani untuk menyelesaikan konflik di antara dua pihak berhubung dengan tindakan British membina pengaruhnya di Singapura,salah sebuah wilayah dalam Empayar Johor-Riau-Lingga ketika itu yang semakin melemah akibat perebutan takhta di antara kerabat diraja dan campur tangan dua kuasa besar Barat (siapa lagi kalau bukan British dan Belanda) yang berusaha mencari pangkalan strategik untuk meluaskan ...

Pembangkang Buat Undian, Dalam Online, Kalau Berani Tunggu La PRU...

Image
Suka sangat pembangkang buat undian dalam online nie ekk... Kemudian keputusan undian dalam online tu di hebahkan kepada rakyat kononnya itu lah keputusan majoriti rakyat malaysia... Apa kata serang laman twitter bersih yang poyo sangat mengatakan merekalah suara majoriti rakyat malaysia tu... 

Wan Azizah Pertikai Kuasa YDP Agong...

Image
Laporan malaysiakini ada mengatakan yang wan azizah mahu tahu nama dua orang yang menasihati YDP Agung untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya didedahkan... Soalnya sekarang, kenapa wan azizah sibuk sangat nak tahu? Itu bukan kerja dia, wan azizah elok sibuk dan jaga elok-elok kawasan kajang dan permatang pauh jangan sampai terlepas... Nampak sangat wan azizah dan pembangkang berada dalam ketakutan dan kekalutan, selama ni mereka berkokok mengatakan pembangkang ada 70 peratus rakyat menyokong mereka, malah mereka kerap mengutuk bn dengan mengatakan merekalah pemenang yang sebenar dan bn kerajaan 48 persen... Malah anaknya si nurul izzah berkokok mengatakan populariti pm kini sudah menjunam hingga 20 peratus, sepatutnya pembangkang bergembira dengan persempadanan semula yang dibuat oleh SPR bukan kelamkabut... Pada aku la, kalau betul pembangkang ni kuat giler, SPR buat lah persempadanan semula macam mana pun, kalau dah betul kuat, pembangkang aka...

SPR Di Jadikan Kambing Hitam Untuk Tutup Masaalah Dalaman DAP...

Image
Dap melaka kini menghadapi pelbagai masaalah dan krisis kempimpinan yang cukup kronik, ada adun dan ahli mereka yang lari keluar meninggalkan parti roket itu... Mereka tidak lagi percaya kepada kepimpinan dinasti lim anak beranak ipar duai... Jadi seperti biasa, untuk mengalihkan perhatian rakyat, penyokong dan pengundi dap, mereka perlu mencari seekor kambing hitam, maka SPR lah dijadikan kambing hitam itu... Mereka bukan tidak tahu, sistem pilihanraya yang ada di malaysia ini cukup-cukup adil... Kalau tidak masakan kit siang dan beberapa pemimpin veteran dap yang lain boleh hidup senang lenang dengan menjual air liur sewaktu pilihanraya... Cuba lihat sendiri kit siang, sudah berapa banyak kawasan parlimen yang dia bertanding? Boleh dikatakan setiap kali dia bertanding dia akan menang, bukankah itu bukti ketelusan sistem pilihanraya di malaysia? Jadi apa lagi yang mereka nak komplen pasal SPR?

TAHNIAH SPRM Tahan Penguatkuasa Lindungi Rumah Urut...

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 penguatkuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan dalam operasi khas di sekitar Selangor hari ini. SPRM dalam kenyataan media memaklumkan mereka yang ditangkap terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor, 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang. “Kesemua 12 ditangkap lebih kurang jam 9.00 pagi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan dalam operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM. “Daripada hasil risikan yang dijalankan selama hampir 3 bulan, mereka didapati telah menerima wang rasuah secara bulanan daripada pengusaha-pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di 2 daerah di selangor,” katanya. SPRM berkata suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi. SPRM juga merampas wang tunai RM25,000 daripada salah seorang inspektor tersebut di rumah dan pejabatnya. Pengarah Siasa...

Mahkamah Tolak Permohonan Zairil Bantah Persempadanan Semula Kawasan...

Image
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman tanpa kos yang difailkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan di Parlimen itu. Permohonan itu difailkan Zairil November lalu dengan mendakwa SPR tidak menjalankan kajian persempadanan semula di empat Dewan Undangan negeri (DUN) di Parlimen itu. Hakim Lim Chong Fong ketika membuat keputusan itu mendapati, mahkamah pada masa ini tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan kerana perkara itu masih di peringkat cadangan SPR dan hanya akan diputuskan di Parlimen. - UTUSAN ONLINE Komen aku : Benda tu baru di peringkat cadangan ler labu, kalau nak bantah pun tunggu la bila SPR kata sapa nak buat bantahan silakan, baru la ko pi bantah, ini apa pun belum ko dah nak bantah, labu sayong betul la ko ni zairil...

Seruan Kit Siang Kepada Orang Cina, Mana Seruan Pemimpin Melayu Kepada Orang Melayu?

Image
Lim kit siang telah menyeru kepada semua orang cina yang telah cukup umur untuk pergi mendaftar undi sebelum 31 Mac ni, berduyun-duyun anak cina tua dan muda menyahut seruan kit siang itu... Anak melayu? mana anak melayu? mana seruan dari pemimpin melayu terutama umno yang meminta anak melayu segera mendaftar sebagai pengundi? Melayu ni takat sembang dalam fb boleh la... 

BERSIH Semakin Rasis...

Image
BERSIH baru-baru ini menghentam SPR dek kerana ada satu laporan bodoh kononnya ada seorang budak cina yang mengeluh katanya boyfriend dia dipanggil untuk siasatan oleh SPR... boleh baca laporan tu disini ... Pada aku itu perkara biasa, bila kau di lihat meragukan, dah tentu SPR atau pihak berwajib akan panggil kau untuk dibuat siasatan... Benda ni tak kecoh mana pun, tetapi bila perkara ni di ketahui oleh BERSIH mereka mula la memainkan sentimen perkauman... Mereka menuduh, SPR sengaja mahu menyekat orang cina dari menjadi pengundi, SPR sengaja bagi tekanan kepada orang dan SPR menakut-nakutkan orang cina supaya tidak pergi mendaftar undi, nampak tak permainan musibat BERSIH tu... Apa la bodoh sangat geng-geng BERSIH ni, beratus orang melayu dan india kena panggil oleh SPR untuk sisatan awam kenapa BERSIH tak kecoh? baru sekor anak cina kena panggil, kamu melalak kata SPR cuba takut-takutkan masyarakat cina.. Untuk pengetahuan korang semua, siasatan awam tu bukan benda yan...

Bila Anggota Sekretariat BERSIH Sudah Berani Membidas Sikap Pembangkang...

Image
Mandeep singh karpal lantang mengkritik pembangkang baru-baru ini... Dia mengatakan yang pembangkang akan terus menjadi pembangkang untuk sedekat lagi melihatkan perangai pembangkang yang kerap dan suka bercakaran sesama sendiri... Malah dia turut mengatakan, pembangkang kini sudah mula menunjukan wajah hodoh mereka, bergaduh sesama sendiri membuatkan rakyat letih melihat senario politik negara... Pemimpin yang ada kepentingan peribadi bila sudah berkuasa menjadikan penyokong mereka dan rakyat sudah letih dan melihat pilihanraya sudah tidak mampu membuat perubahan yang mereka inginkan... Kata mandeep lagi, pkr sibuk dengan perbalahan dalaman mereka, dap kini bermusuhan dengan pas yang suatu masa dulu pernah mereka kahwini dan amanah pula tidak habis bergaduh dengan pas dan bersaing nak membuktikan siapa sebenarnya lebih Islam... Maka pelajaran terbaik buat pembangkang menurut mandeep, pru 14 ini adalah masa terbaik ialah dengan membawa pembangkang seperti sedia...

Persempadanan Semula Negeri Selangor Dan Perangai Musibat Pembangkang...

Image
Terbeliak mata pembangkang apa bila mereka melihat SPR telah mempamerkan notis syor persempadanan semula tanah melayu dalam akhbar tempatan tanpa memasukkan negeri selangor. Kemudian berkatalah mereka yang  kononnya SPR telah melanggar perlembagaan persekutuan dan menjadi sejarah bila selangor ditinggalkan dalam persempadanan tanah melayu. Dulu masa SPR nak buat persempadanan semula di selangor, pauk-puak ni juga yang kecoh kata tak nak, kemudian di tuduh pula SPR menjadi agen barisan nasional, mereka menghalang dengan membawa SPR ke mahkamah. Belum pun sempat buat siasatan pertama terhadap bantahan dia dah buat injuksi dengan dakwaan yang macam-macam, sudahnya bila siasatan bantahan di negeri lain telah siap, Selangor satu-satunya negeri yang tidak buat pendengaran siasatan tempatan kerana arahan mahkamah SPR tidak boleh meneruskannya selagi belum selesai perbicaraan. Padan muka kau, bila negeri lain dah siap negeri kau pula yang terbengkalai, dah tu...

Buat Pecinta KORUT (Korea Utara) Dan Kim Jong Un, Korang Baca Ni...

Image
Realiti Korea Utara. Ramai politaik politaik mengagungkan Korea Utara. Kononnya Korea Utara lebih gagah dan steady dari negara kita. Tapi politaik politaik ni tahu ke tentang realiti Korea Utara? Jom kita bincangkan. Agama. Agama? Apa tu? Di Korea Utara tiada sebarang agama. Tiada sebuah kuil atau rumah ibadat. Yang ada hanya seorang gemuk yang mengaku tuhan segala alam. "Agama" yang ada hanyalah satu - Kim Jong Un! Semua rakyat diwajibkan (dikerahkan) untuk memuja "supreme leader" Kim Jong Un pada setiap masa. Rakyat juga diwajibkan untuk menggilakan "supreme leader" di mana mana sahaja dan mereka telah di-brainwash sejak kecil lagi. Bukankah ini sahaja sudah bertentangan dengan semua agama yang ada di dunia ini? Freethinker? Bagi yang tidak mempercayai agama, mereka ingat Korea Utara adalah pusat freethinker? Anda salah!! Supremely salah. Di Korea Utara anda juga tidak dibenarkan untuk berfikir apa sahaja melainkan "keagungan...

SPR Jamin Tiada Jari Palsu Diguna Untuk Penipuan Pada PRU Nanti...

Image
1.   Berhubung dengan dakwaan jari palsu bakal digunakan oleh pihak tertentu  bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang, SPR menegaskan akan mempastikan ianya tidak akan berlaku dalam sistem pilihan raya di Negara ini. SPR memberi jaminan proses pilihan raya yang dikendalikannya adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.  2.   Ini berikutan baru-baru ini terdapat dakwaan oleh seorang Ahli DUN Selangor bahawa jari palsu telah diimport dari China oleh pihak tertentu untuk digunakan bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya akan datang demi mengekalkan pemerintahan sedia ada. Disamping itu tular yang tersebar di media sosial mengenai imej gambar jari palsu dan botol dakwat pilihan raya juga telah dikenalpasti sumbernya.  3.   SPR mengambil serius dakwaan ini dan mesej tular itu dan telah menjalankan siasatan berhubung dengan dakwaan itu. SPR telah mengenal pasti sumber imej tersebut di mana ia telah dia...

Guna Jari Palsu, Benda Yang Paling Bodoh Yang PKR Buat...

Image
Aku tak tau nak kata apa lagi dah, punya terdesaknya pkr nak kenakan SPR sampai mereka kata SPR bawa masuk jari palsu dari china untuk menagkan barisan nasional... Bagaimana caranya? sarungkan jari itu, bila nak ambil kertas undi kena celup jari dalam dakwat, lepas tinggalkan pusat mengundi buang sahaja jari palsu itu, kemudian pergi ke pusat mengundi yang lain sarung pula jari palsu yang lain dan bergitulah dibuat berulang kali... Punya la bangang la bangang pkr ni, takan lah pegawai SPR yang bertugas tu tak kenal jari palsu dan jari betul, apa pkr ni ingat pegawai yang bertugas tu bangang macam geng-geng pkr ker? Nampak sangat lah dah terdesak pkr ni... Apa pun gambar jari itu sebenarnya pkr cedok dari sebuah laman web luar negara klik sini . Menurut laman web itu, jari-jari palsu itu sebenarnya untuk anggota samseng jepun 'yakuza' yang mempunyai retual pelik iaitu memotong jari mereka sebagai tanda kesetian mereka, ahhh korang baca la sendiri dalam web...

Antara Anwar Ibrahim Dan Pengerusi SPR, Siapa Yang Takut Pergi Mahkamah...

Image
Seperti yang aku tulis semalam sila rujuk sini " kalau dah bodoh tak kemana " pembangkang menuduh pengerusi SPR lari, takut tidak mahu hadir ke mahkamah, hahahah betul ke pengerusi SPR takut hadir ke mahkamah? Sekali lagi aku ulang yer.. pembangkang perlu tahu dan aku yakin mereka semua tahu prosidur ini kerana kebanyakan mereka adalah lawyer, bahawa untuk seseorang itu hadir memberi keterangan atau menjawab soalan peguam di mahkamah ia MEMERLUKAN perintah mahkamah. Bukan boleh datang suka suki jer. Pihak lawan SPR pula telah memohon untuk memanggil pengerusi SPR hadir, tetapi mahkamah belum memutuskannya sama ada pengerusi SPR itu perlu hadir atau tidak. So tidak jadi isu kononnya pengerusi SPR tidak hadir menjawab soalan peguam. mereka juga patut tahu dan aku yakin mereka tahu bahawa dalam prosiding, tiada keperluan perundangan bagi pengerusi SPR hadir ke mahkamah kecuali diperlukan atau diperintah oleh mahkamah. malah SPR telah diwakili oleh jabatan peguam negar...

Pembangkang Dan Pencacainya Serang Pejabat Pos...

Image
Sasaran mereka pun tak betul, sepatutnya dibuat kempen kepada orang muda bukan kepada senior citizen, depa tu dah berkali-kali mengudi. Lihatlah berapa terdesaknya mereka, sehinggakan pelanggan yang di pejabat pos yang sedang menunggu untuk membayar bill dan buat kiriman pos laju mereka ganggu... Perbuatan mereka terpekik terlolong dalam pejabat pos dengan menuduh SPR melenyapkan 136,272 nama pengudi itu satu perbuatan yang kuarang ajar, kita semua sudah sedia maklum, kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah, tunggulah sehingga mahkamah buat keputusan, tetapi puak-puak ni dah jatuhkan hukuman bersalah terhadap SPR sedangkan mahkamah belum pun buat keputusan.. Mereka sengaja buat perangai macam tu untuk meraih simpati rakyat kononnya mereka teranaya dek perbuatan SPR, camon ler, teranaya apanya? kalau betul mereka teranaya, selangor dan pulau pinang pembangkang tak menang derr... Pada aku, pembangkang dan para pencacainya tak perlulah nak berkempen ala komunis di p...

Kalau Dah Bodoh Tak Kemana, Lihat Bagaimana Pembangkang Cuba Putar Belit Fakta...

Image
Setiap kali hampirnya pilihanraya pembangkang mulalah menyanyikan lagu SPR pindah pengundi, nama pengundi hilang, pengundi hantu dan macam-macam lagi... Ada beberapa perkara yang boleh menjawap tuduhan pembangkang kononnya SPR cuba menipu dan mengalihkan pengundi, disini di terangkan satu persatu supaya kita tidak dikelirukan oleh pembangkang dan para pencacainya... 1. Cerita SPR telah menghilangkan data base 136,272 pengundi dan melupuskan dokumen alamat mereka.  Sebenarnya 136,272 pengundi itu tetap ada, tak hilang kemana pun, cuma alamat mereka didapati tidak lengkap kerana tidak mempunyai nombor rumah tetapi hanya mempunyai alamat kampong atau jalan sahaja tetapi masih lagi berada di kawasan lokaliti sama. takyah kecoh-kecoh, pergi balik ke pejabat SPR dan update balik butiran peribadi dan kerajaan negeri selangor di persilakan untuk buat semakan di JPM atau di SPR... Inilah masaalahnya bila satu perkara yang boleh settle tapi dipolitikan oleh pol...

Benarkah Ada Lesen Perniagaan SSM Tidak Layak Menerima BR1M...?

Image
Semalam kecoh di media sosial, ada yang tak berpuas hati, katanya mereka tidak dapat BR1M kerana mereka ada mendaftar perniagaan dan nama mereka itu di record dalam sistem SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)... Kalau benarlah, mereka-mereka ini dinafikan hak mereka untuk menerima BR1M dek hanya kerana berdaftar dengan SSM maka pada pandangan aku, kerajaan kena xplain betul-betul kepada rakyat kenapa kerajaan buat macam tu... Untuk pengetahuan korang, bukan semua yang daftar perniagaan di SSM tu benar-benar berjaya dan ada perniagaan yang untungnya puluhan ribu sebulan, ada yang hanya meniaga bermusim seperti meniaga kuih raya, ada yang meniaga tudung dan lain-lain secara online yang keuntunganya sekadar cukup makan dan ada juga yang saja-saja gatal pi daftar buat SSM... Harap kerajaan kaji balik la peraturan ni, naya la sapa tak BR1M tu, depa baru angan-angan nak booking iriz nak jadi pemandu uber untuk tambahkan lagi pendapatan...

Memperingati 93 Tahun Tumbangnya Kerajaan Uthmaniyah 3 Mac 1924...

Image
Detik ini sudah 89 tahun umat Islam kehilangan empayar terunggul iaitu  khilafah uthmaniyah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, detik 3 Mac 1924 menjadi detik hitam dalam sejarahumat islam. Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan kejatuhan empayar Uthmaniyah, bahkan ia meliputi  kejatuhan empayar Islam secara keseluruhannya. Islam yang mana suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia. Peristiwa yang perit ini terjadi gara-gara angkara musuh Allahyang bertopengkan manusia iaitu Mustafa Kamal Atartuk laknatullah.Ya, dialah dalang segala-galanya. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merancang kejatuhan khilafah melalui empat teknik rahsia iaitu kaedah hutang, melalui revolusi Arab 191 perjanjian Skyes-Picot dan juga melalui kekalahan Jerman dalam perang Dunia Pertama. Semua faktor ini amat berkait rapat dengan kejatuhan sistem khilafah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, semua ini sebuah konspirasi yang terancang. Namun jangan kita lupa bahawa diseb...

Dekat Dengan Thailand Punca Pesakit Aids Di Kelantan Tinggi -Nik Amar

Image
Peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan antara lain disebabkan kedudukan negeri itu yang dekat dengan Thailand, ujar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau mengulas laporan seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat semalam yang menunjukkan peningkatan jelas dari segi statistik kes berkenaan. Beliau bagaimanapun berkata, tidak adil jika bercakap tentang negeri tersebut sahaja kerana statistik juga menunjukan peningkatan di negeri-negeri lain. "Tabiat seks bebas tidak boleh dikaitkan dengan rakyat Kelantan semata-mata. “Masalah ini seluruh negara, tak kena kalau kata Kelantan sahaja (yang hadapi masalah). Kelantan kalau ada peningkatan (adalah disebabkan) banyak faktor, antaranya kerana dekat dengan Thailand. “Tidak patut kalau nak salahkan kerajaan negeri Kelantan sahaja., Kita pun tak salahkan kerajaan lain. Kita terima dan kita selesailah setakat ...