Buat Pecinta KORUT (Korea Utara) Dan Kim Jong Un, Korang Baca Ni...
Realiti Korea Utara.
Ramai politaik politaik mengagungkan Korea Utara. Kononnya Korea Utara lebih gagah dan steady dari negara kita. Tapi politaik politaik ni tahu ke tentang realiti Korea Utara? Jom kita bincangkan.
Agama.
Agama? Apa tu? Di Korea Utara tiada sebarang agama. Tiada sebuah kuil atau rumah ibadat. Yang ada hanya seorang gemuk yang mengaku tuhan segala alam. "Agama" yang ada hanyalah satu - Kim Jong Un! Semua rakyat diwajibkan (dikerahkan) untuk memuja "supreme leader" Kim Jong Un pada setiap masa. Rakyat juga diwajibkan untuk menggilakan "supreme leader" di mana mana sahaja dan mereka telah di-brainwash sejak kecil lagi. Bukankah ini sahaja sudah bertentangan dengan semua agama yang ada di dunia ini?
Freethinker?
Bagi yang tidak mempercayai agama, mereka ingat Korea Utara adalah pusat freethinker? Anda salah!! Supremely salah. Di Korea Utara anda juga tidak dibenarkan untuk berfikir apa sahaja melainkan "keagungan" dan "ketuhanan" Kim Jong Un. Scientology? Lebih kurang geng freethinker tetapi sains Korea Utara juga adalah hanya Kim Jong Un.
Kelas Taraf Hidup.
Saya lihat hanya ada 5 kelas taraf hidup di Korea Utara.
1. First Class - Siapa lagi? Kim Jong Un dan konco-konco laaa.. Hanya mereka dalam kelas ini layak untuk mentadbir Korea Utara.
2. Second Class - Diplomat dan Pegawai Atasan Tentera termasuk perisik (penjilat tegar..) Hanya mereka yang mempunyai peluang untuk menjadi duta atau diplomat ke luar negara. Mereka bukan setakat diplomat sahaja tetapi juga perisik yang dilatih khas.
3. Third Class - "Professionals" dan Perubatan. Kononnya. Mereka yang bergelar cikgu atau ahli akademik yang hanya tahu berdakwah mengenai keagungan Kim Jong Un dan memutar belit fakta segala alam untuk keuntungan "supreme leader". Doktor? Rawat "supreme leader" dan geng dia aje. Yang lain..lantak la.
4. Fourth Class - Rakyat biasa. Mereka yang bekerja sebagai petani, kilang, industri atau pekerja pejabat am. Mereka inilah yang didoktrinkan setiap hari melalui saluran radio 24 jam tanpa henti mengenai keagungan Kim Jong Un. Selain itu mereka juga sentiasa diawasi oleh second class. Biasalah...control by fear or ideology.
5. Fifth Class - Tenaga kerahan. Mereka yang diklasifikasikan sebagai penjenayah atau pengkhianat yang menjalani hukuman kerahan tenaga sepanjang hayat. Mereka juga tidak dibenarkan mempunyai apa apa harta atau duit dan dilayan seperti binatang oleh askar askar Korea Utara yang menjadi "warden" mereka. So bagaimana nak maintain jumlah tenaga kerahan? Membiak la. Yes. Betul. "Pengkhianat" dibenarkan berkahwin sesama "pengkhianat" dan boleh bersama hanya atas kebenaran warden. Tu pun 2 kali setahun. Kalau warden nak "sebat" seround dua tiga empat lima, suka hati warden la. Lantak la. So bila dapat anak, anak tersebutlah yang akan meneruskan legasi kerahan tu. (Level ni la sesuai untuk politaik..heheh. Bayangkan..."Oi bak bini. Aku nak layan seround dua". Tak sanggup aku. Bukan senang aku tackle dan kahwin tau!)
Negara Contoh?
Kepala bana! Apa yang ada di Korea Utara adalah hanya topeng semata-mata. Di sempadan Korea Utara-Selatan, ada sebuah "bandar" yang dibina (ditopengkan lagi tepat) atas bangunan usang untuk 'kelentong' Korea Selatan bahawa Korea Utara ni adalah moden dan maju. Drama aje tu..
Tentera Yang Kuat?
Ye..atas paper aje tu. Sehingga kini hanya amaran atau ugutan di keluarkan. Tapi No Action Talk Only. Apa yang dipamerkan di National Day Korea Utara adalah hanya pertunjukkan semata-mata. Sehingga kini tiada sebarang kejayaan aset-aset ketenteraan yang ditunjukkan. Hanya paper work yang diedit oleh penjilat tegar untuk menaikkan imej "supreme leader" mereka.
Sektor Perlancongan.
Nothing to see actually. Anda hanya lihat apa yang mereka ingin anda lihat. Siap ada macai pelakon kelas atasan yang melakonkan kehidupan yang ideal, kaya dan selesa. Setiap pelancong ditemani oleh pegawai tentera untuk dikawal selia pergerakkan. Kamera dibenarkan tetapi hanya tempat tertentu sahaja boleh ambil gambar. Itu pun bila guide atau pegawai tentera tersebut arahkan. Kalau ingkar arahan..lantak engkau sendiri la tanggung.
Kalau Korea Utara serang?
Sabar. Relax. Nothing like that..so..chill. Anda baca ke tak? Kalau Malaysia diserang oleh mana mana pihak, pihak Komanwel akan membantu. Ye betul. Ini termaktub dalam perjanjian Komanwel. Selain itu, US pun akan tumpang sekaki back up Malaysia. China? Takkan mereka nak pelaburan mereka di Malaysia ni lebur sama sekali? Jepun..mereka pun cari peluang untuk tibai Korea Utara. Korea Selatan pula? Of course la musuh Korea Utara adalah brader Korea Selatan. Critical thinking la beb..
Serangan misil?
Sehingga kini tiada sebarang kejayaan pelancaran yang berjaya dilakukan. Kalau army to army battle? Korea Utara masuk hutan aje sudah akan dikerjakan oleh keadaan hutan hujan tropika. Silap silap majoriti besar kecundang kerana malaria. Maklumlah ubat Korea Utara "kualiti" sangat. Fakta - Malaysia diiktiraf sebagai jungle warriors. Tentera dan polis (diwakili utama oleh PGA & VAT69) memiliki kepakaran peperangan hutan yang amat tinggi. Special forces US, UK dan lain lain negara barat juga berguru dengan pasukan keselamatan kita.
Politaik politaik belum tentu survive padang kawad seminggu.
Perisikan Korea Utara.
Dah londeh dah kena rembat dengan agensi-agensi perisikan kita. Ingat agensi perisikan Malaysia cikai ka? Hehehe.. Kita tengok mereka yang dah terlondeh ni berani tak pulang ke negara asal mekera. Comfirm menghadap anti aircraft gun la..
Sandiwara politik?
Ini paling sakit hati. Politaik sanggup menyalahkan dan mendakwa pihak negara Malaysia kerana masalah diplomatik ini. Kalau kepala dah tepu dengan mainan politik nak kata apa lagi. Kedaulatan negara sanggup digadai demi menggulingkan kerajaan dan negara. Ye la mereka fikir mereka sahaja perfect. Kalau macam ni lagi baik politaik politaik pergi bermastautin di Korea Utara. Kan sama aje kan konsep memuja pemimpin politaik palitaik masing masing. Gi la dok puja "supreme leader" tu. Mana tau kalau dapat dok kategori kelas kedua seperti di atas tu.
Sedarlah dan bangkitlah membantu pasukan keselamatan negara kita. Sekurang-kurangnya berilah sokongan moral dan kata kata semangat supaya masalah Malaysia-Korea Utara dapat diselesaikan. Letaklah idea politik ketepi. Masa PRU nanti lantak ko la nak undi mana. Tapi for now..be one..as Malaysians.
Malaysiaku Berdaulat!
Comments