Dekat Dengan Thailand Punca Pesakit Aids Di Kelantan Tinggi -Nik Amar


Peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan antara lain disebabkan kedudukan negeri itu yang dekat dengan Thailand, ujar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau mengulas laporan seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat semalam yang menunjukkan peningkatan jelas dari segi statistik kes berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak adil jika bercakap tentang negeri tersebut sahaja kerana statistik juga menunjukan peningkatan di negeri-negeri lain.

"Tabiat seks bebas tidak boleh dikaitkan dengan rakyat Kelantan semata-mata.

“Masalah ini seluruh negara, tak kena kalau kata Kelantan sahaja (yang hadapi masalah). Kelantan kalau ada peningkatan (adalah disebabkan) banyak faktor, antaranya kerana dekat dengan Thailand.

“Tidak patut kalau nak salahkan kerajaan negeri Kelantan sahaja., Kita pun tak salahkan kerajaan lain. Kita terima dan kita selesailah setakat yang boleh,” jawab beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, siang tadi.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS diminta mengulas mengenai jangkitan HIV di kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan yang meningkat  50 peratus dalam tempoh setahun.

Masir pada Selasa memaklumkan, dari laporan Jabatan Kesihatan Negeri, peningkatan itu disebabkan tabiat seks rambang dan amalan gaya hidup tidak sihat termasuk tabiat bertukar pasangan.

Pada tahun 2015, penghidap HIV hasil hubungan heteroseksual berjumlah 40 orang meningkat kepada 50 orang pada tahun lepas.

Manakala jangkitan HIV akibat hubungan homoseksual di negeri itu yang berjumlah 10 orang pada tahun 2015 meningkat kepada 20 orang pada tahun lepas.

Untuk rekod, jangkitan HIV di Kelantan turut disumbangkan penagihan dadah dengan jumlah yang dikesan mengidap HIV bermula tempoh 2001 hingga 2016 berjumlah lebih 11,000 orang manakala kematian akibat AIDS sehingga kini berjumlah 2,255.

Comments

Anonymous said…
takpa, lulus aja 355, hari kemudian turunla angka2 hiv secara automatic, dan nilai ringgit akan mengatasi SGD.....
mat said…
kepala atas berbungkus rapat, kepla bawah dibiar bogel

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID