Sebelum korang menonton video dibawah, biar aku flash back balik apa yang berlaku sekitar tahun 2008-2009 lalu, mungkin ada yang ketika tu masih kecil lagi... Selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke4, BN mengharungi PRU 11 tahun 2004 dengan kemenangan yang cukup bergaya, 190 kerusi parlimen di sapu bersih oleh BN, pengaruh Pak Lah bukan kaleng-kaleng kata orang Belanda. Tetapi semua itu menjadi hambar bila mana, Mahathir mula mengkritik cara pentadbiran Pak Lah, Mahathir mengkritik Pak Lah adalah kerana Pak Lah memberi rebat cukai jalan kepada rakyat, kalau korang masih ingat la, RM150 untuk motosikal dan RM625 untuk kereta. Apa yang Pak Lah buat ketika tu betul, harga petrol ketika itu melambung tinggi, ketika tu, kalau tak silap aku satu liter Ron 95 RM2.70, perang Iraq masih lagi berlanjutan menyebabkan harga petrol menjadi mahal, jadi untuk mengurangkan beban rakyat, Pak Lah perkenalkan rebat cukai jalan. Itu lah buat pertama kalinya rakyat merasa duit d
Comments