ANTARA TUN MAHATHIR DENGAN ANWAR, SIAPA LEBIH HEBAT?


Kita lihat record kemenangan Tun Mahathir sewaktu PRU lepas, dia hanya mampu meraih majoriti sebanyak 8 ribu lebih sahaja.

Tun Mahathir, bukan calang-calang calon, bekas Perdana Menteri ke 4 Malaysia, sepatutnya dia mampu menghilangkan wang deposit calon BN dan calon PAS, tempat yang dia bertanding itu bukan tempat asing, Langkawi adalah tempat yang dia pernah majukan dengan tangannya sendiri, sampai pernah ada orang kata, sumpahan Mahsuri tawar ditangan Mahathir.

Kemenangan Mahathir memang sudah di jangka, malah tidak keterlaluan kalau aku kata, Datuk Nawawi Ahmad penyandang kerusi itu sudah tahu awal yang beliau akan bungkus di Langkawi.

Tetapi, lihatlah berapa majoriti yang Tun Mahathir dapat, tak sampai 10 ribu undi, sepatutnya dengan nama yang cukup gah dan bertanding di padang sendiri, sepatutnya Mahathir boleh mendapat sekurang-kurangnya 10-15 ribu majoriti.


Baiklah, kita lihat pula pencapaian bakal Perdana Menteri ke 8, Anwar Ibrahim...


Anwar bertanding di luar kawasan dia, Port Dickson bukan kawasan Anwar, dia bukan bekas tentera yang pernah menerima latihan asas tentera di PUSASDA, Anwar orang Pulau Pinang, nun jauh di utara semenanjung, dia datang ke Port Dickson bila penyandang kerusi tersebut letak jawatan.

Kalau difikir secara logik akal, nama Anwar boleh dikatakan asing kepada pengundi Port Dickson, tidak seperti Tun Mahathir, beliau memajukan Langkawi dan dia juga pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuah, Langkawi.

Melihat kepada majoriti Anwar dan Mahathir, kita sudah boleh membuat kesimpulan mudah, siapa diantara dua sosok itu yang popular di mata rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.