ORANG MELAYU ADA 16 JUTA, KENAPA TUN NAK SANGAT AHLI UMNO MASUK PPBM?


Tun Mahathir mengajak ahli Umno sertai Bersatu, Tun kata Umno sudah hilang pedoman untuk membantu Bangsa Melayu.

Pernah sebelum pilihanraya dulu, Tun berkata, ahli Umno menyokong pemimpin yang korup, penyamun dan pelbagai lagi. malah tidak keterlaluan kalau aku tulis disini, Tun menyifatkan ahli yang masih setia dengan Umno sebagai bodoh.

Jadi untuk apa, Mahathir nak ajak ahli dari parti yang bodoh dan menyokong pemimpin yang korup untuk menyertai Bersatu? bukankah dengan kehadiran ahli-ahli atau pemimpin Umno ke dalam Bersatu akan menyebabkan Bersatu akan menjadi parti yang di penuhi dengan penyamun dan pemimpin dan ahli yang korup.

Adakah Mahathir mahu melihat Bersatu sama macam Umno?

Umno dan ahlinya menurut Mahathir sudah hilang pedoman, kalau mereka berbondong-bondong sertai Bersatu, maka Bersatu juga akan hilang pedoman. Mahathir nak ker Bersatu yang baru berumur setahun turut hilang pedoman seperti Umno?

Apakah sudah tiada lagi orang Melayu yang berjumlah 16 Juta berminat untuk menyertai Bersatu sehinggakan Mahathir terpaksa mempelawa ahli Umno?

Bak kata pepatah mat rempit, "pergi jahanam la" yang sibuk nak kan sangat ahli Umno tu dah kenape?

Comments

Anonymous said…
Isu ini boleh diibaratkan seperti membakar sebuah rumah sebab ingin buat rumah lain di atas tanah tersebut mengikut citarasa sendiri dan kepentingan sendiri
Anonymous said…
Tolong la jangan kacau umno. Itu saja yang kami ada. Ko amik la baki2 melayu yg tak masuk mana2 parti. Kan ranai lagi tu kan.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.