SERAH JAWATAN PM KEPADA ANWAR, TUN MASIH MAIN TEKA TEKI..


Petikan dari malay mail: “After I leave my position, surely there will be a replacement, and if the masses want Datuk Seri Anwar, then they have the right to get Datuk Seri Anwar.

Kenapa Tun kembalikan kepada rakyat sedangkan dalam konsensus mengatakan, "Pemilihan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak harus dibangkitkan kerana ia merupakan konsensus Pakatan Harapan (PH) sejak ditubuhkan". seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.

Malah sewaktu kempen terakhir PH di PRK Port Dickson, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin turut berkata "Konsensus sudah ada, seperti apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan (ceramah), konsensus PH itu sudah dimuktamadkan dan kita tunggu masa sesuai untuk Anwar ambil alih kepimpinan negara." laporan Astro Awani.

Perlu di ingat, menurut perkiraan Pakatan Harapan, Mahathir adalah Perdana Menteri sementara seperti yang dilaporkan oleh Mstar Online, "Calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Jika beliau dihalang menjalankan tugas kerana dipenjara, mungkin boleh melantik Perdana Menteri sementara,".

Bekas Menteri Penerangan juga senada dengan bekas Boss-nya, "bergantung kapada rakyat yang akan memberikan pertimbangan samaada Anwar masih layak atau relevan  untuk menjadi Perdana Menteri." Blog Zam Kata

Makin pening penyokong Anwar macam ni, kalau di kira apa yang Mahathir dan Zainuddin Maidin cakap, penyerahan kuasa kepada Anwar melalui pertimbangan rakyat, mudah untuk kita faham, pertimbangan rakyat tu adalah Pilihanraya la, mungkin dalam waktu terdekat, Mahathir akan mengumumkan Pilihanraya Umum dan rakyat buatlah pilihan sama ada mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya.

Apa sudah jadi dengan "Konsensus Pakatan Harapan"? di campak ke longkang sahaja ke?

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.