TV 3 SUDAH MOHON MAAF, "ORANG ITU" BILA LAGI?


Malam semalam, buat pertama kalinya stesen penyiaran swasta tv3 membuat permohonan maaf kepada bakal perdana menteri ke 8, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aku tidak tengok peristiwa itu kerana ketika itu aku sudah berada di kolam pancing.

Menurut sumber Harian Metro, permohonan maaf itu dibuat dalam slot buletin utama, menurut harian metro lagi "Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa, Mazlan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu sidang media dan kemudian disiarkan TV3 melalui Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan turut diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Anwar mendakwa, perkataan fitnah itu membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terbabit dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral."

Aku lihat, permohonan maaf tv3 ini sejajar dengan titah YDP Agong yang meminta Anwar membersihkan namanya.

Baiklah, itu cerita kes Anwar pada tahun 2013.

Bagai mana pula dengan kes Anwar pada tahun 1998? 

Adakah Anwar akan menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada ORANG itu, kerana menuduhnya dia seorang Homoseksual.

Kalaulah sekiranya "ORANG ITU" sanggup memohon maaf kepada Anwar, aku mohon, ia diadakan secara live di semua saluran tv yang ada di Malaysia ini.

Sama-sama kita nantikan..

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.