NAJIB TETAP KE PENJARA SELAGI MUHYIDDIN JADI PM


Mungkin tajuk tu agak kontroversi, tapi itulah hakikat politik Malaysia sekarang.

Ada yang bertanya aku, kenapa Muhyiddin tak bantu dalam kes SRC International yang melibatkan Najib? Aku yakin soalan tu pun bersepah dalam socmed kan? 

Jawapan aku mudah je, setelah 3-4 tahun Muhyiddin meratib, berzikir mengatakan Najib penyamun, perompak dan penyangak, inilah masanya untuk Muhyiddin membuktikan ratib dan zikir dia dulu tu betul.

Walau pun pelbagai bukti yg pihak pembelaan telah kemukakan, ditambah lagi dengan keterangan-keterangan dari SPRM dan pihak Ambank, keputusan Hakim dilihat seolah-olah dipandu oleh kuasa luar.

Yang bertanya "kenapa Muhyiddin tak bantu Najib" tu cuba fikir, kalau la Hakim mengatakan Najib tidak bersalah, mana Muhyiddin aka Abah kau tu nak letak muka? Bertahun ratib dan zikir Najib penyamun, perompak, tetiba Hakim kata Najib tak bersalah, hahahaha boleh nampak tak game tu?

Orang politik ni ego nya setinggi Buruj Khalifa, terutama seasoned politician macam Muhyiddin, berperang dia dalam Umno mengatakan Najib samun duit negara, bersilat dia dalam PPBM meyakinkan orang Melayu kata Najib rebat duit rakyat, tetiba dia nak biarkan Hakim kata Najib tidak bersalah? Kau hilang akal???

Seasoned politician macam Muhyiddin tu pada dia, biar dia hilang kawan dari hilang maruah.

Jadi kepada penyokong Najib, korang jangan terkejut la kalau kes tu di bawa ke mahkamah rayuan depan 3 orang hakim ke atau 41 orang hakim ke, Najib akan tetap bersalah, waima kalau kalau Jho Low dan Nik Faizal tampil menjadi saksi sekali pun dan mengaku memang itu kerja mereka merembat duit negara, Najib akan tetap dijatuhkan hukum bersalah.

Najib akan mendapat keadilan bilamana bukan musuh politiknya menjadi pemerintah kelak.

Jadi itulah jawapan aku yang paling logik...

Comments

abdhfz1973 said…
Sad but true...😳

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.