PERGOLAKAN PPBM BAIK BUAT UMNO


Apa yang berlaku muktahir ini dalam parti PPBM sebenarnya bagus untuk Umno.

Kenapa? 

Kerana PPBM sudah semakin mengecut pengaruh mereka, ahli sudah semakin berkurangan dan besar kemungkinan akan pupus tidak lama lagi.

Melihat kepada situasi itu, sepatutnya Umno perlu segera tonjolkan diri mereka sabagai satu parti dominan orang Melayu dengan membawa PAS bersama Mufakat Nasional.

Dengan keluarnya beramai-ramai ahli PPBM dan pembubaran beberapa bahagian, tak malu ke untuk PPBM meminta lebih banyak kerusi untuk mereka bertanding pada PRU akan datang?

Kalau mereka tak malu, ya tentu mereka akan minta lebih kerusi.

Mengenai desas desus yang mengatakan PPBM lebih syok berkerja sama dengan PAS berbanding Umno, pada aku itu hanyalah diversion PPBM untuk menutup kelemahan mereka.

PPBM sedar, suka atau tidak, PRU akan tetap berlaku, dengan masalah yang bertimpa-timpa dihadapi oleh PPBM mereka pastinya memerlukan backup dengan kata lain, PPBM memerlukan sokongan jentera dan logistik bagi menghadapi PRU akan datang.

Kalau pada PRU lepas, PPBM menumpang jentera PKR dan DAP, maka dalam PRU akan datang ini mereka nak tumpang jentera siapa? Ahli dah la tak ramai, jentera ntah ada ntah tidak, nak tumpang jentera Umno aku rasa Umno tak akan layan mereka tu, maka terpaksalah keluarkan statement yang mengatakan mereka lebih selesa berkerja sama dengan PAS, bagi PAS syok la sikit, bila PAS dah syok, baru la PPBM boleh perkudakan pula jentera PAS.

Aku tak rasa yang PAS terfana dengan pujian yang PPBM berikan tu, PAS pun rasanya tidak lagi mahu menanggung biawak hidup macam PPBM. 

PAS boleh bergerak sendiri, Umno boleh bergerak sendiri, buat apa kedua-dua parti itu nak tanggung biawak hidup? 

Allah dah tunjuk dah, parti yang ditubuh hanya semata-mata nak FITNAH orang, tidak akan kekal lama..

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.