RCI TABUNG HAJI: MUHYIDDIN NAK COVER SIAPA??


Kalau kita lihat, sebaik sahaja pelantikan speaker dan timbalan speaker dewan rakyat selesai, ahli-ahli parlimen dari BN dan PAS hebat berbahas mengenai isu Tabung Haji.

Ya.. isu Tabung Haji menjadi topik perbahasan yang cukup hot di parlimen, penjualan aset-aset TH dengan harga yang tidak masuk akal menjadikan kita terfikir, apa akan berlaku kepada TH sekiranya pada saat ini negara masih lagi ditadbir oleh PH.

Kita boleh lihat bagaimana terkulat-kulatnya wajah bekas menteri yang diamanahkan menjaga TH ketika PH memerintah apabila Azeez Rahim mendedahkan satu persatu aset TH dijual secara lambak dan borong.

Malah ahli parlimen dari BN dan PAS secara konsisten sejak dari menjadi pembangkang menuntut satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal penjualan aset TH itu.

"Dalam satu kenyataan bersama hari ini, setiausaha agung Umno, Annuar Musa dan setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata, RCI itu adalah bagi memulihkan keyakinan pendeposit dan pelabur kepada TH". FMT

Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. BERITA HARIAN

Soalnya sekarang, kenapa skandal terbesar yang melibatkan harta orang Melayu/Islam begitu lambat untuk Muhyiddin buat keputusan? 

Pada aku ini bukanlah perkara rocket science, dengan satu arahan dari Perdana Menteri sahaja, RCI itu boleh di tubuhkan.

Bukannya Muhyiddin yang kena jadi hakim dalam pendengaran RCI tu. dia cuma perlu arahkan sahaja penubuhan RCI, biar menteri yang bertangungjawab menguruskannya.

Kalau kita lihat sidang parlimen pada dua minggu lepas, ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng ada menyatakan, yang beliau tidak tahu dan tidak menjual aset-aset negara dan di akhir ucapanya dia meminta ahli parlimen bertanyakan kepada Azmin Ali.

Sama ada itu satu thi-chi Guan Eng untuk lepaskan tengkuk dia atau ianya benar, kita sendiri pun tak tahu.

Apa yang kita nampak sekarang ini, Muhyiddin seolah-olah melambatkan penubuhan RCI untuk menyiasat TH, nampak macam ada sesuatu yang Muhyiddin cuba sembunyikan.

Mungkinkah benar Azmin turut terlibat dalam penjualan aset TH itu? Atau kalau kita nak melangkau lebih jauh, mungkinkah Mahathir turut terlibat? kerana kalau kita lihat gelagat Mahathir sewaktu perbahasan Azeez Rahim, Mahathir seperti panas bontot dengan dengan segala pendedahan yang dibuat oleh Azeez.

Soalnya kenapa Mahathir panas bontot dengan pendedahan itu? biasanya orang yang berasa panas bila ada pendedahan yang dibuat, maknanya dia pun turut terlibat sama...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID