PH DAH MULA GENDANG PERANG, UMNO BILA LAGI???

Malam semalam aku berpeluang pergi ke ceramah Pakatan Harapan di Pantai Morib, sebagai penduduk Kuala Langat, itu tak jadi masalah, kerana pantai Morib dekat je dengan rumah aku dan kebetulan juga semalam aku off day.

Agak lama juga tak layan ceramah-ceramah politik ni, almaklum la sekarang, assignment yang aku selalu terima berkisar dengan berita hal ehwal semasa je, so ceramah-ceramah politik ni jarang sangat pergi cover.

Apa yang aku nampak semalam, PH Selangor sudah bersedia untuk berperang, Siri-siri Jelajah Selangor Penyayang yang menggunakan platform kerajaan negeri di sebelah siang dan pada malamnya pula di gunakan oleh PH untuk berkempen politik, jadi senang kira, Jelajah Selangor Panyayang itu adalah program dua dalam satu dan ianya bergerak setiap minggu di seluruh negeri Selangor.

Aku masih belum nampak lagi UMNO/BN Selangor bergerak turun ke kawasan-kawasan parlimen dan dun di Selangor dalam skala macam PH buat semalam, tak tau la pulak aku kalau ada, tetapi setakat yang aku tau, UMNO/BN tak buat lagi.

Soalnya kenapa UMNO/BN tak buat lagi? tak nak rampas balik negeri Selangor ke?

Dalam ceramah semalam, tak banyak point yang mereka ketengahkan, tak habis-habis cerita pasal langkah Shereton, pengkhianatan, barang naik harga dan kes Najib. (walaupun Anwar tak sebut nama, tapi aku tau la siapa dia maksudkan tu)

Jadi bila Umno Selangor nak gerak ni?

Aku ada la shoot sikit gambar-gambar penceramah semalam dan kalau korang nak tau, DAPSY Selangor kini sudah awek Melayu yang menjadi anggota mereka, maaf nama dia aku tak tau dan ini kali pertama aku tengok dia di pentas ceramah PH, so kalau korang tau sape nama awek ni, boleh drop komen.










Inilah awek DAPSY yang aku cakap tu...


Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.