FAKTA ISU KALIMAH ALLAH: Penjelasan untuk mudah difaham...



Isu yg dinyatakan oleh YBM Menteri KDN, YBM Saifuddin Nasution hanya merujuk kpd kes Jill Ireland vs Kastam.   

Bukan isu penggunaan kalimah Allah secara keseluruhan, tapi isu kastam rampas CD milik Jill Ireland.

Pertama, kita pahami kronologi KES:


2008 : Jill Ireland membawa cd mengenai kristian dari Indonesia (Indonesia menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan tuhan).   Namun CD tersbut dirampas oleh kastam di KLIA.   Jill dalam perjalanan dari Jakarta ke Sarawak melalui KLIA.


 2009 :  Jill Ireland membawa kes ke Mahkamah.   Kes dibicarakan sehingga 2014 (5 tahun).


 2014 :  Mahkamah tinggi mengarahkan KASTAM meyerahkan semula CD tersebut kepada Jill Ireland.  "Rampasan tidak sah" menurut mahkamah.  Susulan itu, KDN merayu kali pertama.


 2021 : Susulan dari kes Jill, kes yg telah lama senyap ini hidup semula apabila mahkamah  membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam oleh cd dibawa oleh Jill Ireland sahaja.


Ehh, tapi, ketika PN, menteri PN rayu !


Jawapan

Ini kerana pihak Kerajaan / KDN ketika itu kalah di Mahkamah Tinggi 10 Mac 2021 dalam isu ini .  Ketika kalah, zaman PN jugak.


Kenapa kalah ?


Jawapan:

Sebab pekeliling arahan KDN pada bulan Mei 1986 (Ketika era Tun M jadi PM) adalah bercanggah dengan keputusan mesyuarat kabinet pada bulan Dis 1986 (Juga ketika era Tun M jadi PM).


Adakah Orang Kristian sudah boleh bawa semua CD-CD agama kristian dengan kalimah Allah di Malaysia ? 


Jawapan:

Tidak, kes ini hanya terpakai untuk Jill Ireland.


Adakah Umat Kristian sudah dibenarkan guna Kalimah Allah di Malaysia?


Jawapan:

Isu larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam di Malaysia telah dinoktahkan oleh Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Apandi Ali pada 2013 dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Arifin Zakaria pada 2014 dalam kes Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur.


Mahkamah hanya menentukan kes pentadbiran, iaitu sama ada kastam boleh rampas atau kena pulang balik CD milik Jill Ireland.  Mahkamah TINGGI dah putuskan Kastam kena pulang balik CD-CD milik Jill Ireland, dan kes tutup. 


Habistu, menteri KDN kerajaan madani skrg benarkan penggunaan kalimah Allah oleh kafir ?


Jawapan:

Menteri KDN skrg tak pernah mention benarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim.  Isu agama Islam dibawah bidang kuasa Sultan2 negeri dan YDPA.  Menteri KDN hanya meyentuh soal rampasan kastam. 


Ok, siapa pula Jill Ireland ?


Jawapan:

Jill Ireland ialah seorang berketurunan Melanau, sebuah suku kaum yang kebanyakannya tinggal di negeri Borneo Sabah dan Sarawak.  Bahasa Melayu adalah 'lingua franca' orang Kristian Melanau.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.