Posts

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Sumpah Saiful

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 1. Ekoran daripada sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 lalu, Pejabat ini menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan juga pihak media berikutan pandangan pelbagai pihak yang bercanggah antara satu dengan yang lain, lebih-lebih lagi apabila terdapat pihak yang mengaitkannya dengan agama Kristian. Bagi menghuraikan persoalan ini, Pejabat ini ingin membuat penjelasan berikut :- 2. Al –‘Allamah Abu Bakar ‘Othman Bin Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri menyatakan dalam kitabnya “Hasyiah I’anah al-Talibin” bahawa sumpah atau“yamin” terbahagi kepada dua : Pertama dalam perbicaraan di Mahkamah, dan Kedua diluar perbicaraan. Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri. Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Alla...

Komplot tipu muslihat Anwar dan menjadikan PAS kuda tungangannya

Anwar Ibrahim dipercayai mula merancang untuk memusnahkan UMNO dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1990 menerusi penubuhan Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan). Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan iaitu Ikatan ditubuhkan pada 28 Februari 1990, sebelum dipercayai ditukar nama kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam usaha Anwar mencapai matlamatnya itu. Fungsi "Ikatan" antara lain adalah merancang pembentukan satu 'sangkar kosong' pada 1990 untuk dipenuhi penyokong Anwar pada masa sesuai nanti. Bila Anwar dipecat, diarahkan "burung-burung perjuangan" itu masuk dalam sangkar ini (Ikatan). Ini bermakna sejak 1990, sudah mula ada rancangan ataupun komplot untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir dan UMNO. Selama sembilan tahun, parti ini (Ikatan) dipegang dalam diam-diam untuk dijadikan senjata (oleh Anwar). Dan akhirnya lihatlah apa yang berlaku sekarang. Anwar juga dipercayai merancang dengan begitu teliti ...

Salam

Salam, telah lama juga saya tak update blog ini, maaf la kebelakangan ini saya agak sibuk sikit menguruskan berberapa perkara, tapi dalam kesibukan tugasan, masih sempat juga saya mendapatkan berita-berita panas untuk di kongsi dengan pembaca semua. Dalam tempoh 2 minggu lepas ada banyak peristiwa besar yang berlaku, seperti Saiful bersumpah, Anwar menang pilihanraya, Raja Petra di gelarkan sebagai pariah dan lain-lain, itu semua akan menjadi bahan bacaan untuk anda semua nanti bila saya akan ulas satu persatu nanti, Insyaallah...

Ulama Gua... Nik Aziz, salahkan Nabi Muhammad SAW kerana melantik Kroni.

Image
Nampaknya sekali lagi Ulama Gua, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggunakan alasan agama untuk menghalalkan tindakan songsangnya seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini. Ramai tentu masih ingat bagaimana Nik Aziz menghalalkan carutan Shahnon Ahmad dengan menfatwakan Allah juga mencarut maka manusia seperti Nik Aziz dan Shanon Ahmad juga layak mencarut!! Seolah-olah Nik Aziz ingin samakan sifatnya seperti sifat Allah swt demikian menurut laman web isuhot.com. Nik aziz juga menghalalkan Syaitan dijadikan rakan kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman pun berkawan dengan Jin dan syaitan. Untuk mengukuhkan hujahnya maka dibentangkan ayat-ayat tentang Nabi Sulaiman di dalam Al Quran yang kononnya juga berkawan dengan syaitan. Oleh kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman berkawan dengan jin dan syaitan maka Nik Aziz telah menggangap dirinya pun layak untuk berkawan dengan syaitan, seolah-olah Nik Aziz ingin gambarkan bahawa dirinya setaraf dengan Nabi Allah!! Dan muktakhir ini ...

Anwar masih hidup selepas 10 tahun di racun Arsenik dan di suntik Virus HIV

Anda tentu tidak dapat melupakan bagaimana dakwaan demi dakwaan semata mata ingin memburukkan kerajaan dibuat .. Bahkan isteri PakSheih , Wan Azizah juga ‘menari’ rentak yang sama dengan mengatakan kerajaan zalim dan jahat dengan membuat tindakan tidakberperikemanusiaan tersebut kepada Bang Nuar… Tetapi selepas disiasat dan disahkan doktor pakar, jawapan diterima ialah, Anwar tidak ada jangkitan apa apa. Ketika itu tahun 1998 dan kita berada di tahun 2008.. Sudah 10 tahun. Apa yang anda dapat lihat sekarang ? Anwar semakin galak dan sihat.. Mana pergi HIV nya ?? entahlah. Mungkin dah mengalir keluar dari badannya melalui saluran-saluran utamanya!Ia pergi dengan semua tidak menyedari bahawa HIV dakwaan beliau adalah penipuan Maha Besar kepada kerajaan…. Akibatnya nama negara terjejas dan kredibiliti kerajaan telah rosak sangat teruk.Jika benar HIV disuntik tentu Anwar sudah di dalam tanah dikafankan dan dipanggil Allahyarham ! Begitu juga berlori lori fail sulit dan rahsia juga tinggal ...

UNTUK RENUNGAN PENYOKONG DAN PENDOKONG PAKATAN RAKYAT

SEKIRANYA ANDA SEORANG PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG AKAN PERGI KE PERMATANG PAUH UNTUK MEMBANTU JENTERA PILIHANRAYA PKR, SAYA AMAT BERHARAP ANDA SEMUA FIKIR LA SEMASAK-MASAKNYA, ADAKAH MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM ITU YANG ANDA NAK SOKONG...? SAKSIKAN LAH KLIP VIDEO INI. http://www.youtube.com/watch?v=3EaY8ZnQBdg http://www.youtube.com/watch?v=jiOsjooyH_w&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=V56XaaxyVO0&NR=1
Image