Posts

Showing posts from May, 2016

Logikkah Dr Rani Kulop Mewakili Pengundi Parlimen Sungai Besar...???

Image
Budiman, calon bn prk sungai besar adalah anak kelahiran sungai limau, juga dalam kawasan parlimen sungai besar... Dia menjadi adun sungai panjang, juga dalam parlimen sungai besar... Dr. rani kulop adalah adun meru, dalam parlimen kapar... Kalau dr. rani kulop menang dan jadi ahli palimen sungai besar, ehhh berapa jauh la dia nak travel dari meru ke sungai besar.... Bayangkan sekiranya ada seorang ibu yang nak kan tandatangan ahli parlimen dengan segera, kalau budiman yang menjadi ahli parlimen sudah tentu si ibu itu boleh terus pergi ke rumah ahli parlimen dan terus menadapatkan tandatangan si budiman... Tetapi kalau dr rani kulop yang menjadi ahli parlimennye, sudah tentu si ibu itu terpaksa menunggu hari yang di tetapkan oleh dr rani di pusat khidmatnya, kalau urgent juga, si ibu perlu meredah tanjung karang, kuala selangor baru sampai ke kapar kemudian masuk ke meru, untuk berjumpa dr rani... adehhh.... perkara boleh settle setengah jam jadi 1 hari, itu po...

Gambar Sekitar Pengumuman Calon BN PRK Sungai Besar...

Image
Yb. Budiman zohdi, adun sungai panjang di beri kepercayaan oleh pucuk pimpinan barisan nasional untuk menjadi calon bn dalam prk parlimen sungai besar... Dengan terpilihnya yb budiman sekaligus menamatkan khabar angin yang mengatakan, ketua bahagian sungai besar jamal yunos akan menjadi calon dalam prk itu... Di pihak pas pula, dr rani adun meru di pilih sebagai calon mewakili pas, dr rani adalah calon luar, bukan anak tempatan... Kita tunggu pula, siapa calon yang akan mewakili pan atau pkr nanti....

Yahooo... Mat Sabu Nak Bertanding Di Sungai Besar...

Image
Yahooo... mat sabu nak bertanding di sungai besar... Maka senanglah jentera bn nak buat kerja...

PAS Tuduh Umno Bersekongkol Dengan PAN Untuk Jahanamkan Mereka...

Image
Tulisan ini dipetik dari laman web pro haji hadi Tranungkite Online. PAS banyak kali menerima halangan termasuk akhbarnya diharankam. Disekat tak boleh keluar setiap minggu dan macam-macam sekatan. Itu Parti yang dah lebih 60 tahun. Malaysiakini sampai sekarang masih belum diluluskan Akhbar sendiri melainkan akhbar talian. Malaysiakini telah banyak menerima anugerah kewartawan antarabangsa. Kerajaan sekat akhbar mereka. Parti PAN baru tubuh, memohon pada 12 Feb 2016 lalu. Lulus pada  1 Mac 2016. Tak pelik suka benar UMNO@BN kepada Akhbar ini?? Kalau PAN tak menguntungkan UMNO @ BN takkan BN @ UMNO bodoh mudh-mudah nak lulus. Lihat sahaja apa terjadi pada Malaysiakini dah 2 tahun lebih belum dapat. Itu belum lagi Suara Keadilan sampai hari ini beroperasi tanpa permit. Takkan KDN Bodoh dan bengong boleh lulus kalau tak kerana PARTI INI akan memabntu UMNO @ BN untuk merosakkan PAS yang kian lama UMNO @ BN telah cuba belum berjaya. TAHNIAH KEPADA PAN ANDA SEBENARNYA PROXY UM...

Siapa Yang Panic? PAS Atau PKR...?

Image
Ada orang kata pkr kini panic, terpaksa ugut pas supaya menyerahkan kerusi parlimen sungai besar kepada mereka... Dan ada pulak yang kata pas panic bila azmin telah beri kata dua kepada mereka, "serahkan kerusi sungai besar atau keluar dari kerajaan negeri selangor"... Apa pun ceritanya, pas kini sudah kelamkabut, mereka kini sudah hilang sokongan, hilang pengaruh dan mungkin bakal hilang kuasa di selangor... Kalau benar azmin singkirkan pas dari kerajaan selangor, apa lagi yang tinggal pada pas...?  Sejak tertubuhnya parti mat sabu iaitu amanah, pas kelihatan hilang punca, pas cuba berbaik-baik dengan umno atas nama semangat Islam dan bangsa melayu, padahal orang yang cuba berbaik-baik dengan umno itu lah yang mengkafirkan puluhan juta ahli umno sewaktu dia menggila dulu... Dulu itu umno pernah menghulurkan salam perpaduan, bukan setakat mereka menolak, malah mereka ludah tangan orang yang menghulurkan salam itu, kini nak tunjuk baik pulak... Suk...

Dulu PAS Buli PKR, Kini PKR Pulak Buli PAS...

Image
Kata azmin ali, "serahkan kerusi sungai besar atau pas keluar dari kerajaan selangor" aku tak pelik dengan kenyataan yang di keluarkan oleh mb selangor tu... Pasal apa, pada pandangan aku, inilah masanya untuk pkr membuli semula pas yang cukup terkenal sebagai kaki buli satu masa dahulu... Pada sesiapa yang mengikuti perkembangan politik terutamanya politik selangor sejak dari tahun 1998 hingga anwar di bebaskan dari penjara dulu, sudah tentu tahu sangat pael pas ini... Sekarang apa yang pas buat pada pkr dulu kena balik atas batang hidung pas... So cerita banyak tak mau, korang standby pop corn, refill flavour vape, bancuh milo ais, mari ramai-ramai kita tengok apa yang akan terjadi seterusnya... 

PAN Dijangka Letak Profesor Sebagai Calon PRK Kuala Kangsar...

Image
Tak Payah Tunggu 15 Mei, Sekarang Pun Boleh Ramalkan Siapakah Calon PRK Parlimen Kuala Kangsar. Sekiranya “ramalan” saya tepat, “Pakatan (?) Harapan” [atau kini lebih sesuai dikenali dengan gelaran Pakatan Putus Harapan] mungkin akan menampilkan seorang bekas pimpinan tertinggi Pertubuhan Ikram yang telahpun menyertai Parti Amanah Negara (PAN) selepas meletak jawatan di dalam NGO tersebut pada bulan November 2015. Beliau adalah Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli yang terkenal di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Ikram sebagai pakar strategi politik pertubuhan tersebut. Menurut sumber dalaman Ikram sendiri, Prof Termizi yang berasal dari Kuala Kangsar telah lama “berkampung” dan “berkempen” di kawasan Kuala Kangsar sejak meletak jawatan dalam Ikram dan menyertai PAN. Ahli-ahli Ikram Kuala Kangsar sudah pasti mengenal beliau. Ini bukanlah kali pertama Ikram menghantar ahli-ahli atau bekas ahli-ahlinya bertanding di dalam PRU. Mantan Naib Presiden Ikram sendiri, Ustaz Hasanuddin...

Hanya Calon Tempatan Boleh Menang Di Sungai Besar - Khir Toyo...

Image
Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon tempatan sebagai faktor kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun ini. Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, pengundi akan menolak mana-mana calon luar yang dirasakan tidak memahami lanskap kehidupan seharian mereka. "Parlimen Sungai Besar memerlukan seorang wakil rakyat yang dibesarkan di sini dan benar-benar kenal budaya serta penduduk sekitar Sungai Besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari m...

Bung Mokhtar Juga Sudah Fedup Dengan Isu Dadah Yang Tak Berkesudahan...

Image
Sebenarnya cadangan bung mokhtar supaya menembak mati pengedar dan penagih dadah itu bukanlah dibuat mengikut emosi semata... Bung juga seperti jutaan rakyat malaysia yang sudah fedup dengan perkara itu, tangkapan dadah cukup banyak, tetapi pengedar lepas lari, kalau dapat pun, mereka dihadapkan ke mahkamah, silap hari bulan, mereka lepas bebas akibat kekurangan bukti atau dibebaskan pasal teknikal... Lepas bebas, stop 2-3 tahun, kemudian mengedar balik... Jadi sampai bila perkara ini nak selesai...? Mungkin untuk penagih hukuman tembak mati tak sesuai, tetapi untuk pengedar dadah, pada aku, ianya memang cukup sesuai... Memang selama ini pun, pengedar dadah berdepan hukuman mati, di gantung sampai mati, mati jugakkan...? so apa masaalahnya kalau tembak mati? tetap juga dia mati... Kes yang melibatkan dadah ni dari aku kecik sampai la dah tua nie, masih tak selesai-selesai, heran jugak, kalau dalam berita tu, tiap-tiap hari ada tangkapan, tiap-tiap hari berk...

Ng Swee Lim Musuh 'Favourite' Saya - Jamal Yunos

Image
Jamal yunos, ketua umno bahagian sungai besar sudah buka game pada ng swee lim, dia akan bertanding sekiranya ng swee lim bertanding di parlimen sungai besar... Sekarang terpulang kepada ng untuk bertanding atau tidak, tetapi pada aku ng tak akan berani bertanding di sana dan menggunakan alasan tidak mendapat restu dari pada pucuk pimpinan pakatan harapan... Harap ng jangan lah guna alasan budak-budak untuk mengelak bertarung dengan jamal, kerana sebelum ini ng kerap menghentam jamal dalam dalam sidang dewan undangan negeri selangor, walhal orang yang dia hentam tu tidak ada dalam dewan dan tak mampu menjawab segala hentaman yang dibuat oleh ng... Apa pun, jamal sedia menarik diri dari bertanding sekiranya ng takut untuk bertanding di situ dan menyerahkan keputusan pemilihan calon kepada pucuk pimpinan umno dan barisan nasional, satu tindakan yang dilihat tidak mementingkan diri sendiri yang di tunjukan oleh jamal...

UPDATE: Mayat Wanita Nahas Helikopter Di Jumpai...

Image
Mayat wanita dijumpai di tebing hulu 15km Batang Lupar sekitar jam 12 tengah hari - Pengarah JBPM Sarawak

UPDATE: Senarai Penumpang Dalam Helicopter Yang Hilang Di Sarawak.

Image

Siapa VIP Dalam Helicopter Yang Hilang Di Sarawak?

Image
Eurocopter AS350 (Gambar Hiasan) KUCHING - Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.     Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.      "Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya. DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan. - Bernama

Khazanah Negara Pupus Jika Pemimpin Rasuah - Sultan Selangor...

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah khazanah negara yang dianugerahkan Allah akan pupus sekiranya pemimpin bergelumang dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan tamak haloba. Baginda bertitah, hawa nafsu manusia tidak mempunyai batasnya seperti mana yang dikatakan oleh pemimpin besar India Mahatma Gandhi ‘The world has enough for everyone’s need, but not enough for everyone’ greed’. Sultan Sharafuddin turut mengambil contoh ahli sejarah Edward Gibbon dalam karya agungnya ‘The Decline and Fall of the Roman Empire’ yang menceritakan bagaimana Empayar Rom yang besar, kuat dan gemilang menjadi runtuh dan hancur akibat budaya rasuah serta fitnah yang berleluasa. “Dan menjadi barah di kalangan pimpinan tertinggi akibat daripada gaya kehidupan bermewah-mewah. “Beta mahu seluruh rakyat bersatu padu dan kekuatan perpaduan rakyat beta digerakkan berlandaskan nilai dan prinsip yang murni demi kedaulatan negeri dan kesejahteraan,” titah baginda pada Istiad...

Bagi Mengurangkan Kos Operasi, 30 Ribu Pekerja Bakal Di Berhentikan Julai Ini...

Image
Gambar Hiasan. 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan dianggarkan bakal berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata situasi ini akan berlaku sekiranya pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini terus dilaksanakan. “Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa. “Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan “retrenchment” sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Dalam pada itu, beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran penguatkuasaan PGM 2016 dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pek...

Nazri Aziz Parahkan Lagi Imej Najib Razak...

Image
Ketika mengulas isu penarikan polis pengiring bermotosikal nazri aziz mengatakan, "Kalau beliau pilih untuk hendak bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa," katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini. SUMBER . Satu kenyataan yang langsung tak ada kaitan dengan isu penarikan polis pengiring...  Untuk apa nazri mengeluarkan kenyataan sebegitu? Kalau nak ulas pasal isu penarikan polis pengiring, just ulas aja la, tak perlu la nak ajak orang tua tu bertumbuk ke apa ke... Adakah nazri nak tunjuk kepada najib yang dia nie berani ada teloq nak belasah tun mahathir? Adakah nazri nak tunjuk pada najib, dia sedia mempertahankan bossnya sehingga sanggup nak cepuk tun...??? Sebenarnya tindakkan nazri silap, dengan komen bodoh yang dia buat 2-3 hari lepas, memparahkan lagi image najib razak selaku ketua k...

Mualaf Di Layan Seperti Peminta Sedekah Bila Meminta Bantuan Zakat...

Image
Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah kecewa layanan yang diberikan kepada mualaf di negara ini, bukan saja ketika memohon bantuan zakat, malah dalam memimpin sesebuah jabatan kerajaan juga tidak diberi peluang. Beliau turut berasa sedih apabila sesebuah pertubuhan Islam hanya dianggotai oleh bangsa Melayu, seolah-olah di negara ini tiada umat Islam daripada kaum Cina, India atau Bumiputera lain. “Saya adalah antara tumpuan para mualaf mencurahkan perasaan mereka. Berapa ramai yang begitu kecewa apabila mereka dilayan seperti peminta sedekah apabila memohon bantuan zakat. “Apakah duit zakat itu kepunyaan bapak kita? Apabila memungut zakat penuh dengan senyuman. Tetapi apabila ada asnaf datang meminta bantuan, seolah-olah mereka peminta sedekah,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini. Sebaliknya, kata beliau, banyak pertubuhan dan agensi agama Islam dipimpin oleh orang Melayu yang mempunyai pangkat dan kaya, termasuk Tan Sri, Puan Sri, Datuk dan Datin. ...

Mohon Yang Pernah Berhutang Dengan COURTS Bagi Komen Sikit...

Image
Sejak 3-4 hari sudah, banyak orang yang viralkan cerita bagaimana courts mengutip hutang daripada pelangannya ala-ala gangster... Apakah benar ini cara courts mengutip hutang daripada pelangannya...??? Adakah cara ini di benarkan dalam perundangan negara? Kalau ianya benar, aku mohon jawapan dari KPDNKK... Kepada para pembaca yang pernah berhutang dengan courts, aku minta korang semua bagi komen sikit, betul ke tidak ini cara courts minta hutang dari pelangan mereka....