Operasi Lalang: Isu Kebudayaan, Bangsa Dan Agama.
Hasil Tulisan Abba. Satu lagi isu yang kuat dimainkan oleh DAP untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan orang-orang cina dan bukan melayu dan cuba untuk membangkitkan perasan anti-Kerajaan dan anti-Melayu, ialah isu kononnya Kerajaan mengamalkan dasar satu bangsa, satu kebudayaan, satu bahasa dan satu agama. ( DAP tetap tak akan menerima penubuhan negara Islam atau pun yang ada hubungan dengan Islam, umpamanya untuk bersegkokol dengan PAS untuk menjadikan Malaysia negara Islam seperti yang PAS idamkan ). Diantara kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP itu adalah kenyataan Lim Kit Siang pada 14 januari 1983 di Ibu Pejabat DAP, Jalan Kilang,Melaka, bahawa perlaksanaan polisi satu bangsa, satu kebudayaan oleh pihak Kerajaan telah meminggirkan kedudukan kebudayaan kaum-kaum lain. Pada 17 Mac 1984, P.Patto (mendiang) selaku Timbalan Setiausaha Agung DAP pula telah menyatakan di Bagan Sungai Tiang, Perak bahawa Kerajaan mengamalkan polisi satu bangsa, satu bahasa da...