Posts

Showing posts from October, 2018

PERJUANGAN MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN MUHKRIZ DAHULU HANYA REKAAN?

Image
Aku suka dengan composition gambar ini, memang cukup kena dengan ulasan yang dia buat. Menurut Exco Pemuda Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir dalam satu kolum yang dimuatkan dalam portal berita malaysiakini. Kata Ashraf "Sesungguhnya kita adalah Melayu berdaulat dan tiada istilah ‘Ketuanan Melayu’ sebenarnya kecuali yang direka-reka oleh para pemimpin politik Melayu sebelum-sebelum ini yang ingin melanjutkan dan melebarkan jaringan pemusatan kuasa mereka!" Secara tidak langsung, sindiran Ashraf itu terkena kepada batang hidung Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu sendiri, kerana mereka-mereka inilah juga yang kerap melaungkan Ketuanan Melayu sewaktu mereka dalam Umno dahulu. Mungkin Ashraf terlupa, sebelum Tun Mahathir menjadi Pengerusi Bersatu, Tun pernah menjadi Presiden Umno selama 22 tahun, presiden Umno yang paling lama dalam sejarah Umno, Dato Onn hanya jadi presiden Umno kurang lima tahun, Tunku jadi presiden lebih kurang dua puluh...

VIDEO: LEBIH BERBALOI MASUK PKR DARI MASUK BERSATU.

Image
Kepada 40 ahli parlimen Umno yang nak "jump ship" tu korang dengar dulu pesanan Datuk Ibrahim Ali, ada logiknya juga apa yang beliau katakan, "lebih untung masuk PKR dari masuk Bersatu.

MASIH PERCAYA BERSATU PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU?

Image
Ini bukan fitnah, ini adalah kenyataan, anda boleh dengar sendiri apa yang keluar dari mulut ketua pemuda Bersatu. Disini disertakan video berdurasi lima minit, untuk anda nilaikan sendiri apa yang dikatakan oleh ketua pemuda Bersatu itu.. Saya tidak meminta anda semua supaya menyokong Umno atau Pas. Saya juga tidak mengatakan yang Umno itu parti suci, ya.. Umno ada silap, salah dan berdosa kepada umat Melayu. Cuba lah anda bayangkan bagaimana kedudukan orang Melayu di negara ini sekiranya selepas pilihanraya 1969 lalu Umno hilang kuasa? Rasa-rasa parti yang memerintah ketika itu, DAP, PRM dan PPP akan menjaga hak bangsa Melayu seperti mana yang Umno buat sekarang ini? Betul Umno parti yang korup, hancing dan busuk, tetapi atas semangat untuk membantu Melayu, Umno menubuhkan RIDA (Rural & Industrial Development Authority) kemudian ditukar menjadi MARA (Majlis Amanah Rakyat) kemudian tercetus-lah idea untuk menubuhkan Dewan Latihan RIDA, yang bert...

ORANG MELAYU ADA 16 JUTA, KENAPA TUN NAK SANGAT AHLI UMNO MASUK PPBM?

Image
Tun Mahathir mengajak ahli Umno sertai Bersatu, Tun kata Umno sudah hilang pedoman untuk membantu Bangsa Melayu. Pernah sebelum pilihanraya dulu, Tun berkata, ahli Umno menyokong pemimpin yang korup, penyamun dan pelbagai lagi. malah tidak keterlaluan kalau aku tulis disini, Tun menyifatkan ahli yang masih setia dengan Umno sebagai bodoh. Jadi untuk apa, Mahathir nak ajak ahli dari parti yang bodoh dan menyokong pemimpin yang korup untuk menyertai Bersatu? bukankah dengan kehadiran ahli-ahli atau pemimpin Umno ke dalam Bersatu akan menyebabkan Bersatu akan menjadi parti yang di penuhi dengan penyamun dan pemimpin dan ahli yang korup. Adakah Mahathir mahu melihat Bersatu sama macam Umno? Umno dan ahlinya menurut Mahathir sudah hilang pedoman, kalau mereka berbondong-bondong sertai Bersatu, maka Bersatu juga akan hilang pedoman. Mahathir nak ker Bersatu yang baru berumur setahun turut hilang pedoman seperti Umno? Apakah sudah tiada lagi orang Melayu yang berju...

SERAH JAWATAN PM KEPADA ANWAR, TUN MASIH MAIN TEKA TEKI..

Image
Petikan dari malay mail:  “After I leave my position, surely there will be a replacement, and if the masses want Datuk Seri Anwar, then they have the right to get Datuk Seri Anwar. Kenapa Tun kembalikan kepada rakyat sedangkan dalam konsensus mengatakan, " Pemilihan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak harus dibangkitkan kerana ia merupakan konsensus Pakatan Harapan (PH) sejak ditubuhkan". seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani. Malah sewaktu kempen terakhir PH di PRK Port Dickson, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin turut berkata "Konsensus sudah ada, seperti apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan (ceramah), konsensus PH itu sudah dimuktamadkan dan kita tunggu masa sesuai untuk Anwar ambil alih kepimpinan negara." laporan Astro Awani. Perlu di ingat, menurut perkiraan Pakatan Harapan, Mahathir adalah Perdana Menteri sementara seperti yang dilaporkan oleh Mstar Online, "Calon Pakatan Harapan untuk Perdana Mente...

TV 3 SUDAH MOHON MAAF, "ORANG ITU" BILA LAGI?

Image
Malam semalam, buat pertama kalinya stesen penyiaran swasta tv3 membuat permohonan maaf kepada bakal perdana menteri ke 8, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aku tidak tengok peristiwa itu kerana ketika itu aku sudah berada di kolam pancing. Menurut sumber Harian Metro, permohonan maaf itu dibuat dalam slot buletin utama, menurut harian metro lagi " Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa, Mazlan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu sidang media dan kemudian disiarkan TV3 melalui Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan turut diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013. Anwar mendakwa, perkataan fitnah itu membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terbabit dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral." Aku lihat, permohonan maaf tv3 ini sejajar dengan titah YDP Agong yang meminta Anwar membersihkan namanya. Baiklah, itu cerita kes Anwar pada tahun 2013. Bagai mana pula dengan k...

AGONG SURUH BERSIHKAN NAMA, ADAKAH ANWAR AKAN SAMAN MAHATHIR?

Image
Seperti dalam laporan Berita Harian, Bang Non (Anwar Ibrahim) berkata YDP Agong meminta beliau membersihkan nama dari pertuduhan liwat. Kata Bang Non, "YDP Agong menasihatkan saya supaya membersihkan nama dari tahun 1998 sehingga 2018"  Baik sebelum kita terlajak jauh, mari kita recap balik video Datuk Seri Dr. Mahathir ketika satu sidang media pada tahun 1998 dulu. Dalam sidang media itu, secara terang dan jelas, Mahathir mengatakan yang Bang Non melakukan aktiviti itu, malah Mahathir turut berkata, dia telah bertemu dengan semua mangsa Bang Non. Perlu di-ingat, Bang Non di-dapati bersalah meliwat dan kesalahan rasuah, pada tahun 1998. rujuk sini Kata Bang Non dalam mahkamah, Perdana Menteri Dr. Mahathir berkonspirasi untuk menjatuhkan dia untuk tambahan kita boleh rujuk dalam siri-siri ceramah reformasi Anwar 1998. Lain dengan kes liwat tahun 2008, yang mendakwa diliwat adalah budak pejabat Anwar sendiri, Saiful Bukhari Azlan adalah pekerja di ...

DALAM DIAM, MAHATHIR MASIH MEMERLUKAN UMNO

Image
Kalau kita baca laporan portal Astro Awani bertajuk "Tun Mahathir tidak puas hati prestasi menteri kabinet" kita sudah boleh mengagak, betapa kecewanya perdana menteri ke 7 tu. Mungkin dalam hati kecilnya berkata, "tak hebat mana pun depa ni". Itu sebabnya kita boleh anggap pentadbiran kerajaan PH sekarang ni lumpuh, kalau ada pun beberapa cadangan bodoh seperti penukaran kasut sekolah dari warna putih ke warna hitam, bab stokin warna apa akan di bincangkan dalam masyuarat kabinet nanti kot, menteri kewangan bercakap tak pakai otak dan tak tahu baca titik perpuluhan, ada menteri yang lebih utamakan tandas pondan lebih dari segala-galanya dan banyak lagi lah kalau nak tulis. Tun Mahathir nampak segala kodohan yang berlaku dalam barisan kabinet PH sekarang ini,  yang tak pernah berlaku diwaktu 22 tahun pemerintahan dia dulu, seburuk-buruk Pak Lah dan Najib, menteri kabinet tak pernah pun buat sidang media pasal tandas apa yang patut digunakan ol...

ANTARA TUN MAHATHIR DENGAN ANWAR, SIAPA LEBIH HEBAT?

Image
Kita lihat record kemenangan Tun Mahathir sewaktu PRU lepas, dia hanya mampu meraih majoriti sebanyak 8 ribu lebih sahaja. Tun Mahathir, bukan calang-calang calon, bekas Perdana Menteri ke 4 Malaysia, sepatutnya dia mampu menghilangkan wang deposit calon BN dan calon PAS, tempat yang dia bertanding itu bukan tempat asing, Langkawi adalah tempat yang dia pernah majukan dengan tangannya sendiri, sampai pernah ada orang kata, sumpahan Mahsuri tawar ditangan Mahathir. Kemenangan Mahathir memang sudah di jangka, malah tidak keterlaluan kalau aku kata, Datuk Nawawi Ahmad penyandang kerusi itu sudah tahu awal yang beliau akan bungkus di Langkawi. Tetapi, lihatlah berapa majoriti yang Tun Mahathir dapat, tak sampai 10 ribu undi, sepatutnya dengan nama yang cukup gah dan bertanding di padang sendiri, sepatutnya Mahathir boleh mendapat sekurang-kurangnya 10-15 ribu majoriti. Baiklah, kita lihat pula pencapaian bakal Perdana Menteri ke 8, Anwar Ibrahim... Anwar bertand...

SERONOK TENGOK ANIFAH AMAN SEKOLAHKAN MENTERI LUAR SAIFUDDIN ABDULLAH

Image

ANWAR MENANG ATAS EHSAN UNDI BUKAN MELAYU

Image
Menurut Malay Mail Online, kemenangan Anwar sewaktu PRK Port Dickson atas sokongan pengundi bukan melayu. Malay Mail memetik dalam survey yang di buat oleh Ilham Centre, bukan Melayu memberi sokongan padu kepada Anwar Ibrahim kerana mereka melihat Anwar bakal perdana menteri yang akan menggantikan Tun Mahathir. Anwar mendapat sokongan padu dari kawasan pengundi di Dun Chuah dan Lukut terdiri daripada majoriti pengundi Cina dan di Dun Sri Tanjung yang merupakan kawasan campuran, tetapi tidak di Dun Bagan Pinang dan Linggi yang menjadi kubu kuat BN. Perlu di ingat, Port Dickson yang menjadi Bandar Tentera Darat terletak didalam Dun Bagan Pinang, kem tentera yang terbesar adalah kem Segenting yang juga terletak di dalam Dun Bagan Pinang, jadi bolehlah kita kata, undi yang Isa Samad dan Calon Pas datangnya dari undi pihak Tentera dan pengundi Melayu dari dua kawasan Dun tersebut. Jadi tidak salah kalau aku katakan, Kemenangan Anwar adalah ehsan pengundi Bukan Melay...

BAKAL PM KE 8 DI SEKOLAHKAN OLEH ANAK RAJA PETRA

Image
“Saya pergi mana-mana kampung lihat perempuan bawa beg teringat Rosmah,” Anwar Ibrahim said yesterday. How would Anwar feel if I were to say ‘saya pergi mana-mana kampung lihat budak lelaki jambu teringat Anwar’? Would Anwar feel offended and consider that as suatu penghinaan? What has Rosmah got to do with the Port Dickson by-election? Is Rosmah contesting the by-election? Why not Anwar hentam his closest challenger, Isa Samad? Anwar should instead talk about FELDA and the scandals in FELDA under Isa Samad and so on, not talk about women’s handbags. Anwar has no guts to hentam Isa. Instead, he hentam Rosmah. Anwar should pick on someone who can hentam him back, not someone like Rosmah who Anwar knows cannot reply to his insults. Anwar is a bully. If Anwar has balls then whack Isa and insult him and see what Isa will do to him.  Malaysia Today