Posts

Showing posts from May, 2020

PH SUDAH MULA GUNA MEDIA ASING SERANG MALAYSIAN DAN AGONG

Image
Baru-baru ini, New York Times menyiarkan satu rencana yang mendakwa bahawa demokrasi di Malaysia sedang tenat. Tidak banyak hujah untuk menegakkan benang basah ini, kerana telah memetik hujah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah merampas kuasa daripada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri, mengabaikan fakta bahawa krisis ini walaupun hanya mula diketahui apabila bermulanya Langkah Sheraton, kesannya mulai menjadi air bah yang tak terhalang apabila Tun Mahathir tetap dengan keputusannya untuk meletak jawatan. Yang pasti, si penulis itu takkan tahu kerana hanya menulis semula berdasarkan makklumat yang diberikan kepadanya, menulis dari suatu tempat yang jauh. Dalam hal ini, rencana tersebut telah ditulis di Bangkok. Ada antara pembaca yang mengatakan rencana tersebut bersifat objektif, berbeza daripada apa yang saya sedang beritahu anda sekarang. Mereka-mereka ini, saya dapati, termasuklah dalam kehidupan seharian saya, adalah individu yang bijak dan pandai y...

BILA KERAJAAN PN NAK BUAT PEMUTIHAN MYKAD?

Image
Perlu untuk kerajaan melakukan pemutihan mykad kerana sudah banyak tangkapan yang melibatkan mykad palsu. Sebaiknya pemutihan mykad dilakukan sebelum menjelang PRU15, kerana kalau kita tangok laporan dari jabatan Imigresen dan laporan audit negara, risau dengan peningkatan pelancong yang tidak keluar dari negara kita. Apatah lagi, ada terdapat laporan yang mengatakan di Pulau Pinang telah dijadikan Hub mengeluarkan mykad palsu. Menurut laporan audit negara, sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar. "Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar. "Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dik...

NAJIB UMPAMA BARAH YANG MENULAR DI BADAN MAHATHIR

Image
Orang Utara mesti dah biasa dengan perkataan ‘MAKAN DALAM’. Ada jugak yang sebut ‘TERBAKAQ’. Maksudnya, sesuatu yang sangat terkesan dalam diri, yang boleh membuatkan seseorang itu panas hati, bengang, tension atau kesan yang tidak baik pada diri.  Jangan buat main tau, sebab benda ni boleh buat orang lain jadi naik darah, sakit jantung, hidup tak tentu arah, sakit jiwa, gila dan silap-silap boleh buat orang tu mengamok tak tentu pasai.  Kalau penyakit, dia macam barah. Dia attact dari dalam. Jadi, apa yang aku nak bagi tau, Najib tu tak ubah macam barah yang menular dalam diri Mahathir.  Ni la yang sebenaqnya apa yang dah jadi pada Tun Mahathir. Dia menderita kerana Najib.  Macam mana boleh jadi macam tu? Kejadian dia lebih kurang macam ni la. Bayangkan kita main badminton. Hang tak henti-henti dok smash, tapi setiap kali hang smash selamba ja aku angkat. Sampai lembek hang smash tapi loi ja aku lambung balik sambil makan keropok super ring. ...

ATOK LEBIH HENSEM KALAU MASUK DAP

Image
Semenjak dua menjak ni, kita tengok perangai atok dah macam orang tua buang tabiat, habis segala benda nak di kacaunya. Saat negara berdepan dengan Covid19, dia sebok nak rampas balik kuasa yang dia sendiri buang dulu. Cadangan aku pada atok macam ni la, dah alang-alang dia pun dah hilang jawatan dalam kerajaan dan parti, apa kata atok join je DAP, senang, so Atok ada platform untuk berpolitik. Jadi ronin ni tak menyelesaikan masalah, kan lebih elok Atok berparti, jadi apa sahaja pandangan dan idea Atok tu, boleh di salurkan kepada parti untuk tindakkan bersama. Lagi pun Atok pernah berjanji akan luluskan lesen judi bola online kalau dia berkuasa, masa 22 bulan dulu mungkin Atok tak sempat nak luluskan, jadi kalau Atok luluskan masa Atok berada dalam DAP, alangkah moleknya, maka melalui DAP  amatlah tepat untuk Atok mengotakan janji yang di buat sepuluh tahun dulu tu.

CHINA AKUI SEMANGAT JUANG MALAYSIA DI LAUT CINA SELATAN

Image
1. Berbanggalah rakyat Malaysia. Terkini akhirnya 3 hari selepas kita berjaya menyempurnakan eksplorasi di Laut China Selatan di sebalik gangguan kapal-kapal China sejak lima bulan lepas, Menteri Pertahanan China Jeneral Wei Fenghe sendiri telah menghubungi Menteri Pertahanan kita, Dato Seri Ismail Sabri. 2. Sesungguhnya tindakan Menteri Pertahanan China ini menandakan bahawa kuasa ketenteraan dunia itu menghormati semangat juang kita yang tidak berundur hinggakan berjaya menyempurnakan misi eksplorasi melalui kerjasama erat TLDM-Maritim Malasyia-Petronas serta imbangan kuasa Amerika-China. 3. Wajib diketahui bahawa Menteri Pertahanan China ini hanya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertahanan Malaysia selepas kita berjaya menyelesaikan eksplorasi kita di dua blok Laut China Selatan pada 12 Mei baru-baru ini, meski pun beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan sejak sekian lama. 4. Dalam geostrategi kuasa kecil, kita mempunyai ...

BOBOI KENA MANDI BUNGA

Image
Kedudukan boboi di negeri Kedah ibarat telor dihujung tanduk, bila-bila masa sahaja dari sekarang, boboi boleh tergolek, nampaknya sumpah laknat yang Najib buat dulu sudah dimakbulkan Allah. Katalah boboi tergolek, ini sudah dua kali boboi digulingkan dari jawatan Menteri Besar, boboi mencatat record dalam Malaysia dua kali jadi MB, dua kali tergolek dog. Ada 23 adun yang dah menyatakan sokongan kepada PN, yang menyokong boboi pula adalah mereka-mereka yang taksub kepada Anwar dan Atok. PN kedah sudah memaklumkan perkara itu kepada DYMM Sultan Kedah. Jadi sekarang kita hanya menunggu keputusan dari DYMM Sultan. Kalau berlaku peralihan kuasa di Kedah, Alhamdulilah syukur. Jadi next target ialah Negeri Sembilan pula. Seperti dalam tulisan aku yang lepas, boboi ni tak ada tokoh untuk jadi ahli politik, dia naik pasal dia berbinkan Mahathir, kalau dia berbinkan orang lain, aku tak tau apa jadi dengan dia. Ingat, kalau ini berlaku, dua kali jadi MB, dua k...

PAGE AMRAN FANS KINI MILIK RBA DAP

Image
Maklumat dari page Ops Johor , memaklumkan bahawa page fb Amran Fans kini sudah dibeli oleh RBA DAP dan seorang perempuan Melayu yang dikenali sebagai Marina Ibrahim kini menjadi pemilik akaun tersebut. Untuk makluman semua, Marina Ibrahim ini pernah menulis dalam facebooknya "Melayu perlu jadi  seperti Babi" demi untuk menjilat DAP dia sanggup menghina bangsa dia sendiri. Jadi kepada anda yang follower page Amran Fans dan yang tak follow pun korang boleh report juga, kalau seorang dua yang report memang tak jalan, tapi kalau dah beratus-ratus report yang diterima oleh facebook, Insyaallah ghaib page tu nanti.

DIA TAK FIKIR KESUSAHAN RAKYAT

Image
Atok sewaktu mengumumkan package rangsangan ekonomi bagi menangani covid19 hanya memperuntukan RM20b sahaja. Dia langsung tak fikir nak buat MCO, dia tak fikir bantuan kepada rakyat yang terjejas pendapatan, dia tak fikir syarikat-syarikat kecil akan terjejas, dia tak fikir nak tambah equipment untuk hospital, tambah ubat-ubatan, elaun untuk frontliners dan sebagainya. Walhal dia tahu, jumlah duit negara yang boleh di belanjakan sebanyak RM2-3trillion. Pelik juga ya, dia dikatakan seorang doktor, tetapi dia tidak tahu ke langkah-langkah pengawalan Covid19 ni. Kenapa dia tak consult dengan Ketua Pengarah Kesihatan? Senang cerita, atok buat palatao dia je. Betul macam kawan aku cakap, kalau ketika kes Covid sedang mencanak kita diperintah oleh PH, silap hari bulan, tak kau, aku dan korang ada yang dah jadi arwah akibat sikap sambil lewa PH. Apa yang peliknya tu, atok tahu duit negara yang boleh di belanjakan ada RM2-3trillion, tetapi kenapa atok kedekut sanga...

SEGALA YANG KU BUAT DEMI ANAKKU

Image
Aku mula mengikuti perkembangan politik si boboi ni sejak dia nak bertanding jawatan ketua pemuda Umno dulu, kalau korang masih ingat selepas PRU13 dulu, berlaku pertembungan diantara Khiry Jamaluddin, Khir Toyo dan Boboi bagi merebut jawatan itu. Sepatutnya, pertembungan itu hanya berlaku diantara KJ dan Khir Toyo, tapi last minit, boboy pun nak jugak bertanding, maka jadilah perang tiga penjuru. Maka boboi dan Khir Toyo pun tewas. Sepanjang aku mengikuti kempen boboi masa dia nak bertanding jawatan ketua pemuda Umno tu, aku lihat dia tak ada idealisma dia sendiri, kemana arah pemuda Umno yang dia nak bawa sekiranya dia dipilih menjadi ketua pemuda Umno kelak, tidak jelas.  Dalam siri-siri kempen dia aku boleh katakan macam ni, satu minit memperkenalkan diri, bermula dari minit kedua hinggalah habis kempen, dia akan bercerita pasal bapak dia, dia langsung tak cakap apa perjuangan dia, kemana arah dia nak bawa pemuda, apa misi dan visi dia, langsung tak di sebu...

DIA LARI KETIKA RAKYAT SUSAH

Image
Atok makin gila. Gila atok tak pernah dibuat orang. Hatta Anwar sendiri pun tak segila Atok. Tak pernah berlaku dalam mana-mana negara, seorang yang bergelar NEGARAWAN gila macam atok. Dulu dia letak jawatan, lari dari membantu rakyat berhadapan dengan COVID19. Kini serangan COVID19 makin mereda, dia nak balik jawatan tu. Gila sungguh orang macam ni. Adakah rakyat nak terima dia kembali? Adakah rakyat sanggup menerima orang yang lari dari tanggung jawab? Kini ekonomi sedikit pulih. Pasaran saham pun dah pulih. Atok nak jadi perdana menteri balik. Masa ekonomi merudum, Atok lari, letak jawatan. Masa saham jatuh tergolek, Atok umum letak jawatan. Siapa suruh Atok letak jawatan? kita pun tak tahu. Suka hati Atok je nak buat apa pun. Ingat... kalau Atok jadi PM balik, bantuan rakyat akan dihentikan. Atok pernah kata, "Tiada lagi wang percuma kepada rakyat" Atok pernah bilang " Usah asyik harap bantuan kerjaan" Atok bagi RM30 e-wa...

MUNGKINKAH BERSATU LAWAN UMNO DI DUN CHINI..??

Image
Sebelum aku meneruskan tulisan aku ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, Adun Chini yang telah meninggalkan kita. Baiklah perkara yang aku nak tulis pada kali ini berkaitan dengan Pilihanraya Kecil, semua sudah maklum, pilihanraya kecil bakal berlaku di Dun Chini, Pahang. Apa yang bakal berlaku di sana? Dun Chini terletak dalam Parlimen Pekan, semua orang tahu parlimen Pekan diwakili oleh Najib Razak, sebagai ahli parlimen sudah tentu Najib akan membantu mempertahankan Dun Chini agar kekal di tangan Barisan Nasional. Disinilah yang menjadi masalah, perkara ni aku dah fikir lama dah, sejak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional PN, aku terfikir perkara ni. Siapa yang bakal bertanding bagi merebut kerusi itu? Kebetulannya cukup cantik, pada PRU lepas, BN memenangi dun itu menewaskan calon Pas dan Bersatu. Aku yakin dan percaya, PAS sabagai rakan dalam Muafakat Nasional MN akan memberi laluan kepada BN mempertahankan ker...

PPBM Parti besar punya CILAKA...

Image
Kekusutan pentadbiran kini bukanlah berpunca dari Umno atau Pas, sebaliknya ia berpunca dari PPBM sendiri atau lebih tepat, pengerusi PPBM. Korang tau la kan siapa pengerusi PPBM tu, aku nak sebut nama pun aku geli. Tetapi hari ini, pihak PPBM cuba meletakkan kekusutan itu di atas kepala Umno, kenapa? Sejak dari awal lagi, Umno dan Pas memang mahukan parlimen dibubarkan, hebatnya pemimpin kita, mereka dah nampak apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Tetapi kerana menghormati keputusan YDP Agong, maka Umno dan Pas tiada jalan lain, harus bersetuju supaya satu kerajaan sementara dibentuk bagi menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh PH. Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam PPBM, sampai sekarang mereka tidak boleh selesaikan, mana mungkin dalam sebuah parti ada dua kelompok, nampak bodohkan? Tapi itulah yang berlaku, sudahnya Umno yang kena getahnya, kucar kacir dalam PPBM diletak kesalahnya kepada Umno. Sepatutnya ahli dan pemimpin PPBM harus berfikir secara w...