Posts

Showing posts from August, 2020

BERSATU BOLEH KHIANATI MUAFAKAT NASIONAL

Image
Aku amat setuju dengan pandangan Zamil Ibrahim, penyertaan Bersatu kedalam Muafakat Nasional amat merbahaya kepada MN, kerana didalam Bersatu terdapat ramai pengkhianat-pengkhianat parti. Hamzah Zainuddin dan lain-lain memenangi kerusi mereka atas tiket Barisan Nasional, kemudian mereka mengkhianati BN dengan menyertai Bersatu. Azmin Ali dan lain-lain memenangi kerusi mereka atas tiket PKR, kemudian mereka mengkhianati PKR dan menyertai Bersatu. Jadi apa jaminan yang puak-puak pengkhianat ni tidak akan mengkhianati Muafakat Nasional ???   JANGAN KITA LUPA PENGKHIANATAN MEREKA TERHADAP UMNO...

MASIH MAHU PERCAYA DENGAN MUHYIDDIN ??

Image
Sebelum korang menonton video dibawah, biar aku flash back balik apa yang berlaku sekitar tahun 2008-2009 lalu, mungkin ada yang ketika tu masih kecil lagi... Selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke4, BN mengharungi PRU 11 tahun 2004 dengan kemenangan yang cukup bergaya, 190 kerusi parlimen di sapu bersih oleh BN, pengaruh Pak Lah bukan kaleng-kaleng kata orang Belanda. Tetapi semua itu menjadi hambar bila mana, Mahathir mula mengkritik cara pentadbiran Pak Lah, Mahathir mengkritik Pak Lah adalah kerana Pak Lah memberi rebat cukai jalan kepada rakyat, kalau korang masih ingat la, RM150 untuk motosikal dan RM625 untuk kereta. Apa yang Pak Lah buat ketika tu betul, harga petrol ketika itu melambung tinggi, ketika tu, kalau tak silap aku satu liter Ron 95 RM2.70, perang Iraq masih lagi berlanjutan menyebabkan harga petrol menjadi mahal, jadi untuk mengurangkan beban rakyat, Pak Lah perkenalkan rebat cukai jalan. Itu lah buat pertama kalinya rakyat merasa duit d...

MBSA JANGAN UGUT PENIAGA - NOH OMAR

Image
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, mengingatkan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA, agar tidak mengugut para peniaga di Bandar Baru Sungai Buloh, kata beliau, lain perkara yang diadukan dan lain pula tindakan yang di ambil.

MBSA TAK KENAL MESIN JUDI DAN MESIN JAHIT - JAMAL YUNOS

Image
Sidang media , Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, berikutan perobohan beberapa buah gerai oleh MBSA di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor...

PERGOLAKAN PPBM BAIK BUAT UMNO

Image
Apa yang berlaku muktahir ini dalam parti PPBM sebenarnya bagus untuk Umno. Kenapa?  Kerana PPBM sudah semakin mengecut pengaruh mereka, ahli sudah semakin berkurangan dan besar kemungkinan akan pupus tidak lama lagi. Melihat kepada situasi itu, sepatutnya Umno perlu segera tonjolkan diri mereka sabagai satu parti dominan orang Melayu dengan membawa PAS bersama Mufakat Nasional. Dengan keluarnya beramai-ramai ahli PPBM dan pembubaran beberapa bahagian, tak malu ke untuk PPBM meminta lebih banyak kerusi untuk mereka bertanding pada PRU akan datang? Kalau mereka tak malu, ya tentu mereka akan minta lebih kerusi. Mengenai desas desus yang mengatakan PPBM lebih syok berkerja sama dengan PAS berbanding Umno, pada aku itu hanyalah diversion PPBM untuk menutup kelemahan mereka. PPBM sedar, suka atau tidak, PRU akan tetap berlaku, dengan masalah yang bertimpa-timpa dihadapi oleh PPBM mereka pastinya memerlukan backup dengan kata lain, PPBM memerlukan sokongan jentera dan logistik bagi meng...

JAMAL YUNOS BUAT COME BACK: MBSA MAKAN GAJI BUTA

Image
Benarlah seperti apa yang beliau kata empat tahun dulu, penguatkuasa terutama MBSA makan gaji buta, kedai judi bersepah di sekitar kawasan pentadbiran MBSA, kini apa yang beliau perjuangkan dulu rakyat sudah buka mata, bila mana Asri Janggut memviralkan apa yang berlaku di Sungai Buloh.

SYED SADICK TERSINGKIR

Image
Gambar yang ada lihat diatas itu adalah founder kepada sebuah parti politik yang akan ditubuhkan oleh atok. Aku diberi tahu, atok akan menjawat jawatan sebagai presiden, boboi akan jadi timbalan presiden, mazli capang akan jadi naib presiden, zuki tipu sijil akan jadi setiausaha agung, amiruddin jadi ketua penerangan dan laki rina akan jadi bendahari. Mana si sadick? Ya dia tak masuk dalam senarai parti baru atok, kerana parti baru yang atok nak tubuhkan ni tiada sayap wanita dan pemuda, parti style baru kata atok. Lagi pun kan si sadick tu ada kes dengan SPRM, maka atok tak mau orang yang terpalit dengan kes rasuah menyertai parti dia, atok nak pemimpin yang clean and clear, macam atok dan anaknya. Angaknya kemana arah tuju si sadick itu nanti?  Pergi jahanam la dengan dia, itu masalah dia, bukan masalah aku...

RCI TABUNG HAJI: MUHYIDDIN NAK COVER SIAPA??

Image
Kalau kita lihat, sebaik sahaja pelantikan speaker dan timbalan speaker dewan rakyat selesai, ahli-ahli parlimen dari BN dan PAS hebat berbahas mengenai isu Tabung Haji. Ya.. isu Tabung Haji menjadi topik perbahasan yang cukup hot di parlimen, penjualan aset-aset TH dengan harga yang tidak masuk akal menjadikan kita terfikir, apa akan berlaku kepada TH sekiranya pada saat ini negara masih lagi ditadbir oleh PH. Kita boleh lihat bagaimana terkulat-kulatnya wajah bekas menteri yang diamanahkan menjaga TH ketika PH memerintah apabila Azeez Rahim mendedahkan satu persatu aset TH dijual secara lambak dan borong. Malah ahli parlimen dari BN dan PAS secara konsisten sejak dari menjadi pembangkang menuntut satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal penjualan aset TH itu. "Dalam satu kenyataan bersama hari ini, setiausaha agung Umno, Annuar Musa dan setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata, RCI itu adalah bagi memulihkan keyakinan pendeposit dan pelabur kepada TH...

NAJIB TETAP KE PENJARA SELAGI MUHYIDDIN JADI PM

Image
Mungkin tajuk tu agak kontroversi, tapi itulah hakikat politik Malaysia sekarang. Ada yang bertanya aku, kenapa Muhyiddin tak bantu dalam kes SRC International yang melibatkan Najib? Aku yakin soalan tu pun bersepah dalam socmed kan?  Jawapan aku mudah je, setelah 3-4 tahun Muhyiddin meratib, berzikir mengatakan Najib penyamun, perompak dan penyangak, inilah masanya untuk Muhyiddin membuktikan ratib dan zikir dia dulu tu betul. Walau pun pelbagai bukti yg pihak pembelaan telah kemukakan, ditambah lagi dengan keterangan-keterangan dari SPRM dan pihak Ambank, keputusan Hakim dilihat seolah-olah dipandu oleh kuasa luar. Yang bertanya "kenapa Muhyiddin tak bantu Najib" tu cuba fikir, kalau la Hakim mengatakan Najib tidak bersalah, mana Muhyiddin aka Abah kau tu nak letak muka? Bertahun ratib dan zikir Najib penyamun, perompak, tetiba Hakim kata Najib tak bersalah, hahahaha boleh nampak tak game tu? Orang politik ni ego nya setinggi Buruj Khalifa, terutama seasoned politician maca...