BENARKAH RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN SUSAH NAK HIDUP?
Rakyat susah, rakyat kelaparan dan rakyat menderita, itu ayat yang selalu kita dengar sewaktu era awal-awal gabungan pembangkang (Ketika itu) Pakatan Rakyat berjaya mendapat kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Untuk melunakkan lagi ayat mereka, digunakan pula frasa-frasa seperti 'hutang makin membengkak', 'dana awam', 'duit rakyat' dan pelbagai lagi frasa yang menusuk jantung rakyat jelata. Macam sekarang la, frasa seperti 'ketimbang', 'tatakelola', 'kebinekaan' 'kesenjangan' dan ntah apa-apa lagi frasa yang tak tau datang dari mana, tapi bila perdana Menteri sendiri yang guna, siapa boleh halang kan? Persoalannya sekarang ini ialah, benarkah rakyat Malaysia ni hidup semakin susah? Kita sorot balik kempen-kempen Pakatan rakyat dan Pakatan harapan beberapa tahun sebelum BN/UMNO tumbang. Kerap kali ceramah-ceramah mereka, pembangkang tanam dalam minda masyarakat yang buta isu semasa yang rakyat hidup semakin menderita, ...