PAS Tak pernah Bincang Jawatan TPM2 dan Anwar Jadi PM.
Ketika di minta mengulas janji anwar yang di siarkan dalam sebuah akhbar cina pada 26 mei lalu, hadi awang berkata beliau tidak mengetahui tentang janji penasihat parti keadilan Rakyat (pkr) anwar bagi mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri 2 untuk pemimpin dap sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang. malah beliau menambah perkara itu langsung tidak pernah dibincangkan dalam pakatan itu. "Saya tak tahu, kita belum bincang lagi. Itu hanya pandangan peribadi dia," kata hadi. Menurut, naib presiden pas Salahuddin Ayub pula, secara prinsipnya apa-apa keputusan akan dibuat melalui perbincangan dalam majlis tertinggi pakatan rakyat yang dianggotai oleh pemimpin pas, dap, pkr dan psm dan ditanya sama ada pakatan itu akan melantik Anwar sebagai perdana menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum, Salahuddin berkata ia belum diputuskan dan segalanya bergantung kepada keputusan pilihan raya. sekiranya anwar menang dan bebas dari kes liwatnya, mu...